Harian Metro

Syor peminjam PTPTN teruskan moratorium bersasar

-

Kuala Lumpur:

Teruskan moratorium bersasar atau beri diskaun kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dalam Belanjawan 2022.

Itu cadangan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan (gambar) kepada kerajaan bagi mengurangk­an beban peminjam.

“Moratorium bersasar adalah kaedah terbaik sewaktu pemulihan ekonomi baru bermula dan masih ramai peminjam PTPTN yang menghadapi masalah kewangan.

“Jika moratorium tidak dapat dilaksanak­an, kerajaan perlu memberi diskaun kepada peminjam yang memenuhi kelayakan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut beliau, baginya, yang paling baik ialah jika kerajaan membenarka­n PTPTN meneruskan moratorium bersasar kepada peminjam yang terkesan akibat Covid-19.

“Tetapi, jika moratorium sukar dilaksanak­an, saya nyatakan bahawa kerajaan patut berikan diskaun paling kurang 20 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran penuh,” katanya.

Malam kelmarin, Wan Saiful dan ketua penerangan daripada parti kerajaan mengadakan dialog Belanjawan 2022 bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selaku Ketua Sekretaria­t

Ketua-Ketua

Penerangan, Wan Saiful memberikan tiga cadangan dengan satu daripadany­a berkaitan PTPTN. Wan Saiful yang juga Pengerusi PTPTN berkata, beliau turut mencadangk­an pemberian diskaun kepada peminjam yang membuat bayaran secara arahan debit tetap pada setiap bulan. Katanya, cadangan diskaun itu adalah kehendak peminjam apabila topik itu sering ditimbulka­n dalam sesi libat urus bersama PTPTN.

“Saya juga minta kita beri diskaun kepada mereka yang membayar menggunaka­n potongan debit terus bulanan sebagai imbuhan kepada mereka yang membayar mengikut jadual,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia