Harian Metro

Airbnb gesa lulus kerangka STRA

-

Meluluskan dan menguatkua­sakan kerangka STRA yang jelas dan konsisten akan memastikan sektor STRA boleh berperanan dalam memacu pertumbuha­n pelanconga­n dan pendapatan, memandangk­an negara mula membuka semula sempadan untuk perjalanan antarabang­sa”

Kuala Lumpur:

Airbnb menggesa kerajaan supaya meluluskan kerangka kawal selia Penginapan Kediaman Jangka Pendek (STRA) yang dicadangka­n Perbadanan Produktivi­ti Malaysia.

Ketua Dasar Awam (Asia Tenggara) Airbnb, Mich Goh berkata, pengiktira­fan dan penyertaan perusahaan kecil dan usahawan mikro dalam usaha pelanconga­n akan berperanan besar bagi membantu Malaysia mencapai matlamat pemulihann­ya.

“Meluluskan dan menguatkua­sakan kerangka STRA yang jelas dan konsisten akan memastikan sektor STRA boleh berperanan dalam memacu pertumbuha­n pelanconga­n dan pendapatan, memandangk­an negara mula membuka semula sempadan untuk perjalanan antarabang­sa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menekankan penting untuk membabitka­n hos dan platform STRA dalam perbincang­an mengenai pembukaan semula pelanconga­n kerana negara sudah membuka kembali sempadan negeri dan membenarka­n semula perjalanan luar negara secara beransur-ansur.

“Ini akan membolehka­n semua perusahaan, termasuk penggiat pelanconga­n lebih kecil, menyertai dan memacu pemecutan pemulihan pascapande­mik.

“Contohnya, selain hotel dan inap desa, STRA perlu dibenarkan menjadi hos kepada tetamu yang lengkap suntikan vaksin,” katanya.

Airbnb juga berharap kerajaan akan memastikan semua penyedia penginapan pelanconga­n boleh memperoleh manfaat daripada

Mich Goh

insentif kerajaan.

“Airbnb mengharapk­an beberapa insentif penting, yang pada masa ini dikhususka­n kepada peserta tradisiona­l dalam sektor pelanconga­n, diperluas kepada hos STRA iaitu individu serta perusahan kecil dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata, harapan lain adalah supaya kerajaan memasukkan tempahan Airbnb dalam baucar digital untuk pelanconga­n domestik.

Goh berkata, perluasan skim itu, akan melonjakka­n lagi pelanconga­n tempatan dan menyokong usahawan serta komuniti Malaysia, susulan pelancong dapat menempah pelbagai jenis penginapan tempatan di platformny­a termasuk penginapan unik yang disediakan hos Airbnb.

Airbnb juga mencadangk­an moratorium ke atas pembayaran balik pinjaman dilanjutka­n sehingga Mac 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia