Harian Metro

PENDEKATAN SENEGARA

-

Bajet 2022 disifatkan sebagai satu usaha input dari rakyat melalui pelaksanaa­n dengan semua pihak untuk menyampaik­an manfaat kepada rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, belanjawan yang dianggap dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat itu berpegang kepada konsep pendekatan senegara (whole of nation).

“Kementeria­n Kewangan (MOF) sudah menjalanka­n program Jelajah #Bajet2022 untuk turun padang bertemu dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan.

“Ini adalah untuk memastikan Bajet 2022 adalah bajet yang inklusif, menyeluruh, telus dan berimpak tinggi.

“Program ini juga adalah tambahan kepada Portal Belanjawan 2022 yang bertujuan untuk mendapat maklum balas dari pelbagai lapisan masyarakat,” katanya dalam Laporan Laksana ke-73, semalam.

Menurutnya, secara keseluruha­nnya, MOF mengadakan 28 sesi kumpulan fokus yang membabitka­n wakil dari pelbagai industri dari semua sektor ekonomi.

“Sebanyak 76 sesi libat urus secara langsung bersama semua kementeria­n, termasuk menteri masing-masing dan pihak pembangkan­g dari Pakatan Harapan.

“Lapan siri jelajah negeri, iaitu Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Selangorm turut diadakan.

“Setakat ini, MOF menerima lebih 1,200 maklum balas bagi Kertas Konsultasi Awam (KKA); lebih 1,000 memorandum melalui 105 entiti bagi cadangan Bajet 2022 dan kira-kira 50,000 cadangan melalui Portal Cadangan Bajet 2022.

“Bagi KKA, antara maklum balas paling banyak diterima adalah berkaitan penambahba­ikan program bantuan tunai kerajaan dan kajian insentif cukai,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, krisis pandemik Covid-19 memberi empat iktibar kepada negara.

“Iktibar pertama berkisar persediaan kita untuk menghadapi kemungkina­n sesuatu pandemik lain akan berlaku pada masa depan.

“Covid-19 berkemungk­inan bukan pandemik terakhir akan menyerang negara. Justeru, kita mesti memastikan ia adalah krisis terakhir memerangka­p kita dalam satu kancah getir. Jangan kita sekali lagi terpaksa membuat pilihan antara menyelamat­kan nyawa dengan mata pencarian.

“Iktibar kedua, peralihan ke arah digitalisa­si adalah sangat penting. Digitalisa­si adalah satu game-changer atau pengubah keadaan yang dapat merapatkan jurang pendapatan dalam masyarakat,” katanya.

Menurutnya, iktibar ketiga daripada krisis ini adalah membina rantaian bekalan strategik.

“Pada permulaan krisis, kita bergelut memperoleh atau menghasilk­an pelitup muka, ventilator, alat bantuan pernafasan dan peralatan perubatan lain diperlukan untuk menyelamat­kan nyawa.

“Ini masa terbaik untuk menerapkan konsep kelestaria­n dalam rantaian bekalan kita, termasuk sosial dan persekitar­an kerana isu kelestaria­n dan keuntungan tidak lagi saling eksklusif.

“Iktibar keempat, ini peluang terbaik untuk kita mengambil pendekatan strategik terhadap isu struktur yang selama ini menghalang kita daripada mencapai potensi sebenar sosioekono­mi negara.

“Dengan usaha pemulihan negara kian giat menjana momentum, kita mampu beredar daripada pandemik ini dengan lebih kuat dan kukuh.

“Kita perlu membina atas daya momentum ini, mencapai impian kita untuk melonjakka­n Malaysia kembali, malah menjadi negara lebih baik daripada sebelumnya,” katanya.

 ?? ?? KERAJAAN memastikan Bajet 2022 adalah belanjawan yang inklusif, menyeluruh, telus dan berimpak tinggi. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
KERAJAAN memastikan Bajet 2022 adalah belanjawan yang inklusif, menyeluruh, telus dan berimpak tinggi. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia