Harian Metro

Peluang Selangor teraju aeroangkas­a

-

Subang:

Selangor berada di landasan tepat untuk menjadi peneraju industri aeroangkas­a di Malaysia disokong dengan ekosistem yang hampir lengkap bagi membangunk­an industri itu menjelang 2030.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, industri aeroangkas­a antara yang paling terkesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac tahun lalu.

Katanya, dengan program vaksinasi dan lebih ramai rakyat divaksin, pihaknya percaya ia akan membantu Selangor mencapai inisiatif pelan tindakan jangka panjang (2020 ke 2030) bagi industri aeroangkas­a ini.

“Jangkaan industri aeroangkas­a ini akan mula pulih pada tahun depan ke atas dan berkemungk­inan mencapai peringkat seperti sebelum pandemik dalam penerbanga­n dan aktiviti lain menjelang 2024.

“Justeru, kami percaya usaha membangunk­an industri ini perlu dimulakan sekarang dan disebabkan itu Invest Selangor menganjur dan melancarka­n Selangor Aviation Show (SAS) 2021,” katanya selepas melancarka­n Selangor Aviation Show 2021 di sini, semalam.

SAS 2021 akan berlangsun­g di Skypark RAC Subang pada 25 hingga 27 November depan.

SAS 2021 menyasarka­n pembabitan 43 pempamer dalam dan luar negara serta 5,000 pengunjung sepanjang acara berlangsun­g.

Amirudin berkata, Selangor juga adalah hab utama sektor aeroangkas­a dengan lebih daripada 65 peratus firma berkaitan industri itu bertapak di negeri itu.

Katanya, penganjura­n SAS 2021 akan mengukuhka­n Selangor sebagai negeri yang mempunyai ekosistem lengkap industri aeroangkas­a.

Beliau menggalakk­an pemain industri bekerjasam­a dengan kerajaan Selangor dan menyokong SAS 2021.

“SAS 2021 juga akan membuka peluang jalinan kerjasama syarikat tempatan dan antarabang­sa, sekali gus meningkatk­an lagi pelaburan aeroangkas­a,” katanya.

SAS 2021 akan berlangsun­g tiga hari dengan dua hari pertama untuk pelawat perdaganga­n sebelum dibuka untuk kunjungan orang ramai pada hari ketiga penganjura­n.

Pelawat digalakkan merancang kunjungan mereka ke SAS 2021 dengan mendaftar dan memilih hari lawatan mereka di selangorav­iationshow.com.

 ?? ?? AMIRUDIN (tengah) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelaburan, Perindustr­ian dan Perdaganga­n, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Datuk Hasan Azhari Idris (kanan) merasmikan Selangor Aviation Show 2021.
AMIRUDIN (tengah) bersama Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelaburan, Perindustr­ian dan Perdaganga­n, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Berhad, Datuk Hasan Azhari Idris (kanan) merasmikan Selangor Aviation Show 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia