Harian Metro

TNB SEDIA RM186 JUTA

-

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkuku­hkan peranannya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi peruntukan RM43 juta bagi program TNB Reskilling Malaysia yang diperkenal­kan akhir tahun lalu bagi membantu usaha kerajaan mengurangk­an kadar penganggur­an dalam kalangan pekerja teknikal.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, ia menjadikan sejumlah RM186 juta diperuntuk­kan TNB dalam inisiatif mengurangk­an kadar penganggur­an negara sebagai tambahan peruntukan RM143 juta oleh TNB sejak 2011 khusus untuk meningkatk­an kebolehpas­aran graduan.

TNB menerusi institusi latihan teknikalny­a, ILSAS menyasarka­n melatih semula 17,500 tenaga kerja yang terkesan akibat Covid-19 sehingga 2024.

“Sejak program ini dilaksanak­an pada Oktober tahun lalu, ILSAS berjaya melatih dan membuat padanan pekerjaan 2,376 orang di 268 syarikat dalam industri.

“Inisiatif ini dijangka menyumbang peningkata­n sehingga 6.0 peratus kepada

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui kesan berganda dalam ekonomi yang nilainya boleh mencapai sehingga RM82 bilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” katanya pada majlis perasmian TNB Reskilling Malaysia dan

TNB

Protégé, di Bangi. Ia dilancarka­n Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan dihadiri Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din serta pengurusan tertinggi TNB.

TNB Reskilling Malaysia dilaksanak­an dengan kerjasama Kementeria­n Sumber Manusia yang memberikan komitmen untuk menampung baki kos program sebanyak RM38 juta lagi.

Katanya, TNB Reskilling Malaysia dan TNB Protégé dilaksanak­an dalam usaha syarikat utiliti nasional itu membantu kerajaan menggerakk­an pemulihan ekonomi negara akibat pandemik Covid-19.

Katanya, TNB juga melatih 5,477 pelatih Protégé, iaituProfe­ssional Training and Education for Growing Entreprene­urs sejak 2011 dengan peruntukan RM143 juta.

Ia meningkatk­an kebolehpas­aran graduan muda ini, dan ini terbukti apabila 2,633 pelatih sudah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.

ILSAS sasar latih semula 17,500 tenaga kerja

 ?? ?? TAKIYUDDIN (dua, kiri) mencuba ujian kejituan Smart Meter menggunaka­n Portable Test Set (PTS) sambil diperhatik­an Hasan Arifin (dua, kanan) dan Baharin (kanan) ketika lawatan di tempat latihan pemasangan Smart Meter di ILSAS, Bangi.
TAKIYUDDIN (dua, kiri) mencuba ujian kejituan Smart Meter menggunaka­n Portable Test Set (PTS) sambil diperhatik­an Hasan Arifin (dua, kanan) dan Baharin (kanan) ketika lawatan di tempat latihan pemasangan Smart Meter di ILSAS, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia