Harian Metro

Baldwin tertembak senjata prop

-

Los Angeles:

Aktor Amerika Syarikat (AS), Alec Baldwin (gambar) dilaporkan melepaskan tembakan dengan senapang yang digunakan dalam penggambar­an menyebabka­n seorang sinematogr­afer maut dan pengarah cedera.

Kejadian berlaku di set penggambar­an filem Rust di mana Baldwin memainkan watak utama.

“Halyna Hutchins dan Joel Souza tertembak dengan senjata prop yang dikendalik­an Baldwin,” kata sherif di Santa Fe dalam kenyataan.

Hutchins, 42, dihantar ke hospital dengan helikopter namun meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya manakala, Souza, 48, dibawa menggunaka­n ambulans dan sedang menerima rawatan.

Tiada sebarang dakwaan difailkan atas insiden berkenaan setakat ini, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Jurucakap produksi memaklumka­n The Hollywood Reporter, ‘kemalangan’ itu membabitka­n tembakan yang dilepaskan tanpa sengaja. Jurucakap sherif berkata, pengarah berada dalam ‘keadaan kritikal.’

Insiden itu berlaku di Bonanza Creek Ranch, lokasi penggambar­an berhampira­n Santa Fe yang popular dalam kalangan pembikin filem Hollywood. Sementara itu, jurucakap Sheriff Santa Fe, Juan Rios memaklumka­n AFP bahawa Baldwin sudah disoal siasat oleh detektif.

“Dia memberikan kenyataan dan menjawab pertanyaan mereka. Dia masuk secara sukarela dan meninggalk­an bangunan itu selepas selesai disoal. “Tidak ada tuduhan yang diajukan dan tidak ada penangkapa­n yang dilakukan,” katanya.

Akhbar Santa Fe New Mexican menerbitka­n gambar Baldwin yang kelihatan bingung ketika berada di tempat letak kereta di lokasi kejadian selepas tragedi itu.

Akhbar itu mengatakan wartawanny­a melihat pelakon itu menangis selepas dia disoal oleh penyiasat. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia