Harian Metro

BETUL-BETUL TAK SANGKA

Lagu nyanyian trio rapper muda cipta sejarah tersendiri, membanggak­an SEA Bagi saya, ia (kekuatan) terletak pada ramuan dalam lagu ini sebab Yonnyboii dan ZynAkal sendiri ada stail berbeza, begitu juga saya. Walaupun terdapat perbezaan, kami bertiga ada s

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Dilancarka­n lebih sebulan lalu, lagu Tak Sangka nyanyian tiga penyanyi rap muda, Yonnyboii, ZynAkal dan Asyraf Nasir mencipta sejarah tersendiri dalam radar muzik tempatan.

Lagu terbitan Def Jam Malaysia itu unggul di tempat pertama carta berprestij Carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia atau Carta RIM selama enam minggu berturut.

Menjadi platform pengumpul data terkemuka tempatan, Carta RIM menjadi medan penentu kelarisan sesebuah lagu itu dalam kalangan pendengar.

Kredibilit­inya cukup terbukti dan hakikatnya ia menjadi rujukan semua penggiat muzik bagi mengetahui sejauh mana prestasi terkini karya mereka.

Justeru, pencapaian lagu Tak Sangka itu semestinya cukup membanggak­an Def Jam Malaysia serta Def Jam Asia Tenggara (SEA) apabila karya segar itu diiktiraf dan memberi impak tersendiri.

Apatah lagi, lagu itu sendiri dicipta tiga penyanyiny­a sendiri yang rata-rata muda remaja. Paduan idea mereka benarbenar berhasil sekali gus memukau pendengar.

Berkongsi pencapaian manis itu, Yonnyboii mengakui kerja keras mereka untuk merealisas­ikan lagu itu sebelum ini ternyata sangat berbaloi. Mana tidak, mereka sendiri berdepan pelbagai dugaan demi memastikan lagu itu dapat dilancarka­n. Dia juga sangat bersyukur gabungan mereka bertiga terbukti keputusan paling tepat.

“Kami bertiga memang tak sangka tapi pada masa sama memiliki keyakinan yang cukup tinggi terhadap lagu ini. Persiapan yang kami buat pun bukan calang-calang. Walaupun banyak perancanga­n kena tunda disebabkan Covid-19, alhamdulil­lah kami dapat melancarka­nnya pada masa yang sangat tepat.

“Lagu ini cukup istimewa untuk saya dan pasukan sendiri disebabkan ia kerjasama pertama kami bertiga. Apabila dapat bekerjasam­a dengan rakan baik dan adik-beradik di bawah satu syarikat rakaman, keterujaan itu lebih luar biasa. Dengan kekuatan masing-masing menjadikan lagu itu jadi lebih gah dari segi bunyi dan susunannya,” katanya.

Bagi ZynAkal pula, dia menyifatka­n projek itu memberi 1,001 makna buatnya secara peribadi. Bukan sekadar meraikan pencapaian sambutan luar biasa itu, namun dia akui prosesnya mengajar dia banyak perkara. Apatah lagi, dia sendiri baharu pertama kali bekerjasam­a dengan Asyraf.

“Alhamdulil­lah kami tak sangka lagu ini akan memberi impak kepada kami dan bersetuju bahawa lagu Tak Sangka banyak membantu kami. Pencapaian ini disebabkan keserasian kukuh antara kami. Sewaktu proses pembikinan­nya, itulah kali pertama saya berjumpa Asyraf dan terus boleh bekerjasam­a dengan begitu padu,” katanya.

Menurut Asyraf pula, dia berharap Tak Sangka bakal menjadi ‘trademark’ atau ‘signature’ untuk tahun ini sebagai lagu semangat. Baik pendengar hip hop tegar ataupun dari pelbagai lapisan usia lain kerana lagu ini untuk semua.

Menurutnya, dia teringin melihat lagu ini ke acara anugerah dan pentas lebih besar jika ada rezeki.

“Bagi saya, ia (kekuatan) terletak pada ramuan dalam lagu ini sebab Yonnyboii dan ZynAkal sendiri ada stail berbeza, begitu juga saya. Walaupun terdapat perbezaan, kami bertiga ada suara hati yang sama.

Itu adalah antara kekuatan utama selain irama muziknya adalah bukan irama hip hop yang klise.

“Pendengar menilai lagu ini sebagai sebuah lagu yang memiliki muzik bagus dan bukan sebab genrenya. Mereka bukan melihat apa instrumen yang digabungka­n dalam melodinya mahupun hasil ciptaan siapa. Apabila mereka mendengarn­ya, terus rasa ingin bergoyang dan menikmatin­ya dengan penuh keseronoka­n,” katanya.

Apa yang pasti, pencapaian itu juga menjadi hadiah paling manis buat label rakaman berkenaan memandangk­an tiga permata berharga mereka bersinar dalam kalangan ramai pendatang baharu lain.

Sementara itu, Pengarah A&R & Pemasaran dan Ketua Def Jam Recordings Malaysia, Hermond Cheng berkata, pencapaian itu cukup besar maknanya buat mereka.

“Kami memang tahu betapa berbakat dan besar potensi tiga penyanyi muda itu dalam membawakan angin segar dalam industri muzik. Lagu Tak Sangka juga antara karya yang kami sangat yakin mampu cipta evolusi. Jelas ia terbukti dengan pencapaian terbaru itu dan semestinya dalam pada tidak jangka, kami sangat bangga mengenainy­a,” katanya.

Dalam pada itu, Joe Flizzow selaku Pengarah Urusan Def Jam SEA menyifatka­n kejayaan itu menjadi alibi betapa muzik hip hop tempatan kian tinggi martabatny­a. Sebagai pejuang genre itu selama beberapa dekad, Joe turut memuji sifat berani pejuang hip hop generasi kini dalam memastikan karya mereka memiliki nilai estetika berkualiti.

“Bagi saya kejayaan lagu ini membuktika­n bahawa generasi baru pemuzik hip hop di Malaysia mempunyai kematangan dan keberanian dalam penghasila­n karya mereka. Ia juga menunjukka­n bahawa peminat dan pendengar di negara ini amat menghargai lagu-lagu rap tempatan. Syabas kepada Yonnyboii, ZynAkal dan Asyraf,” katanya.

ASYRAF

 ?? ?? DARI kiri, ZynAkal, Yonnyboii dan Asyraf.
DARI kiri, ZynAkal, Yonnyboii dan Asyraf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia