Harian Metro

TUKANG KAYU PERLU TELITI

Pembuatan aksesori, perabot perlu dipastikan memenuhi ruang, jadi pilihan pelanggan

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Melihat rak kayu yang menjadi tempat simpanan koleksi kereta mainan Hotwheels kukuh tergantung di dinding rumah memberi satu kepuasan kepada Mohd Noor Affendi Abdul Muin.

Kata Mohd Noor Affendi yang lebih mesra disapa Fendi, menghasilk­an perabot dan aksesori sendiri bukan sahaja memastikan saiz serta rekaan menepati ruang, malah ia pilihan terbaik selari bajet.

Dia yang sudah terbabit dengan pembuatan perabot dan aksesori lakukan sendiri (DIY) sejak 2018, penghasila­n produk itu memerlukan ketahanan tinggi serta perincian menarik.

“Produk kayu terutama dalam pembuatan perabot dan aksesori rumah meskipun sudah lama dalam masyarakat kita namun, ia masih popular dan menjadi trend kebanyakan pemilik kediaman di negara ini.

“Namun dari segi pilihan terhad membuatkan pemilik kediaman yang meminati produk kayu terpaksa berbelanja lebih untuk mendapatka­n khidmat tukang kayu bagi menghasilk­an perabot atau aksesori idaman.

“Dinilai kepakaran dan penggunaan material, biasanya sukar dicapai pemilik kediaman kelompok sederhana.

Atas sebab itu inisiatif menghasilk­an sendiri atau menggunaka­n khidmat kelompok tukang kayu DIY dilihat lebih berpatutan,” kata pemilik DIY Kerja Kayu Enterprise itu.

Seperti dirinya yang begitu minat terhadap barangan kayu dan kerjakerja bertukang menjadi satu hobi manfaat apabila hasilnya untuk kegunaan sendiri dan keluarga.

“Saya banyak hasilkan untuk diri sendiri selain permainan untuk anakanak. Namun lama kelamaan ia berkembang apabila rakan-rakan dan kenalan yang mula memberi perhatian dengan hasil kerja saya.

“Cumanya cabaran untuk menghasilk­an perabot kayu apabila tidak ramai menjual kayu pine sebaliknya saya terpaksa beralih menggunaka­n kayu palet terpakai.

“Bagi kayu palet terpakai ia lebih remeh kerana perlu lakukan kerja merapi kayu seperti mengetam dan melicinkan permukaan kayu supaya boleh dijadikan perabot atau aksesori,” katanya.

Kata Mohd Noor Affendi, tukang kayu harus tahu menyesuaik­an jenis kayu tertentu mengikut penggunaan atau penghasila­n perabot tertentu. Sebagai contoh kayu untuk perabot luar perlulah jenis keras seperti balau, resak atau cengal. Kayu pine pula lebih sesuai

 ?? ?? MOHD Noor Affendi mahir mengendali­kan peralatan pertukanga­n.
MOHD Noor Affendi mahir mengendali­kan peralatan pertukanga­n.
 ?? ?? AKSESORI hiasan rumah dihasilkan Mohd Noor Affendi.
AKSESORI hiasan rumah dihasilkan Mohd Noor Affendi.
 ?? ?? MENARIK peralatan yang terdapat di bengkel
Mohd Noor Affendi terletak di Saujana Putra, Selangor.
MENARIK peralatan yang terdapat di bengkel Mohd Noor Affendi terletak di Saujana Putra, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia