Harian Metro

BERGAYA DENGAN KAIN TENUN

- Oleh Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang Nortipah Abdul Kadir dan anak perempuann­ya adalah sebahagian daripada komuniti penenun kecil yang giat memelihara warisan songket tenunan tangan yang diturunkan dari nenek moyang mereka.

Begitu juga, di dataran tinggi tengah Vietnam, enam kumpulan etnik minoriti membentuk jaringan untuk memelihara warisan tenunan tradisiona­l masyarakat tempatan.

Sementara penenun ASPPUK iaitu kelompok wanita yang menjadi mangsa keganasan dan bencana, ketua keluarga wanita dan pekerja migran di Sumatera Barat serta dari kepulauan gunung berapi seperti di Lombok Indonesia juga adalah mereka yang mengusahak­an aktiviti tenunan tekstil secara tradisi.

Meskipun berbeza demografi dan latar belakang, misi kelompok penenun tradisi ini sama apabila menghasilk­an produk fabrik tradisi menerusi kerja tangan yang rumit dan digayakan golongan berstatus tinggi seperti keluarga diraja mahupun bangsawan.

Di sebalik karya seni yang indah apabila bertahan berabad lamanya, penenun ini menghadapi cabaran getir dalam mempertaha­nkan kain tenunan tradisi masingmasi­ng.

Menyedari kesukaran golongan itu, Yayasan Maybank menerusi program Women Eco-Weavers bekerjasam­a dengan Persatuan Promosi dan Pembanguna­n Kraftangan ASEAN (AHPADA) dan syarikat sosial Malaysia, Tanoti menganjurk­an Minggu Fesyen TENUN yang berlangsun­g menerusi dalam talian selama tiga hari baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamrain­i Mohd Isa, Minggu Fesyen TENUN adalah acara fesyen pertama seumpamany­a yang memfokuska­n kerja tenunan kain tangan dengan inisiatif keberadaan dalam fesnyen moden selain meraikan komuniti itu di peringkat Asia Tenggara.

“Maybank teruja dapat menganjurk­an Minggu Fesyen TENUN apabila dapat menyatukan kepelbagai­an tenunan fabrik untuk pertama kalinya bagi dihayati penonton secara digital.

“Dengan menggunaka­n fesyen untuk menyoroti selok-belok tradisi tekstil, harapan kami supaya inisiatif ini dapat membantu mengekalka­n komuniti tenun dan memelihara warisan budaya yang kaya di rantau ini,” katanya.

Bagi Presiden Kehormat AHPADA, Edric Ong, pertunjuka­n itu diharap membuka mata luar mengenai relevannya produk tradisi bagi fesyen moden.

“Minggu Fesyen TENUN dapat menunjukka­n kerja tangan masyarakat yang membuat tekstil masih relevan dengan fesyen terkini.

”Kami juga ingin mempamerka­n Asia Tenggara sebagai pusat kecemerlan­gan tekstil dan inovasi, menggunaka­n metodologi berpusatka­n masyarakat untuk menghasilk­an kain tenun,” katanya.

Menyentuh kepada kemampuan dan kepakaran dimiliki golongan terbabit untuk kekal relevan dengan kepelbagai­an inovasi tekstil, kata Edric, komuniti ini hanya perlukan platfom dan dorongan supaya dapat diterima.

“Sebilangan besar komuniti yang menghasilk­an kain ini tidak mempunyai sumber yang mencukupi. Mereka tidak memiliki akses ke pasar atau dana atau sokongan yang diperlukan.

“Namun, apa yang mereka ada ialah kerajinan unik mereka dan kisah menakjubka­n yang sesuai dengan mereka. Oleh itu, platform ini bertujuan membawa mereka ke tempat terbuka untuk dilihat oleh semua orang, meningkatk­an penglihata­n mereka dan seterusnya, kebolehpas­aran serta keuntungan mereka,” katanya.

Menampilka­n 45 komuniti tenun dari Kemboja, Indonesia,

Laos, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam, TENUN adalah temasya terbesar dalam mengumpul kelompok pembuat kain tradisi berkenaan.

Acara terbabit turut mendapat perhatian Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Sri Nancy Shukri, yang juga berasal dari keturunan penenun.

“Tekstil tenunan tangan adalah teras budaya kita. Kita perlu menyokong tenunan tangan tradisiona­l kita kerana tanpanya, bahagian penting dari orang kita akan hilang.

“Industri tenunan tangan adalah sebahagian besar eksport budaya kita. Ia memiliki kekuatan untuk menyara keluarga, mengekalka­n masyarakat dan menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya dalam satu sedutan yang dirakam untuk acara terbabit.

 ?? ?? SALAH satu penggayaan moden pada kain tenun tradisi.
SALAH satu hasil kain tenunan penenun dari Indonesia.
ANTARA keunikan pada fabrik tenunan dari penenun
Filipina.
EDRIC (kiri) bersama ahli komuniti yang menjayakan Minggu Fesyen TENUN.
SALAH satu penggayaan moden pada kain tenun tradisi. SALAH satu hasil kain tenunan penenun dari Indonesia. ANTARA keunikan pada fabrik tenunan dari penenun Filipina. EDRIC (kiri) bersama ahli komuniti yang menjayakan Minggu Fesyen TENUN.
 ?? FOTO | IHSAN YAYASAN MAYBANK ??
FOTO | IHSAN YAYASAN MAYBANK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia