Harian Metro

HAMMERS BERBISA

West Ham teraju saingan Kumpulan H selepas benam Genk

- AFP

West Ham menguasai Kumpulan H dalam saingan Liga Europa selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Genk dalam aksi di laman sendiri, semalam.

Craig Dawson menjaringk­an gol lewat permainan babak pertama sebelum Issa Diop dan Jarrod Bowen membawa skuad Hammers ke puncak kumpulan dengan kelebihan enam mata.

“Perkara utama ialah mendahului saingan kumpulan. Perlawanan di gelanggang sendiri sangat penting. Kami juga mahu menang di tempat lawan,” kata Bowen

Sport.

“Jika kami boleh kekal kuat, terus yakin, saya rasa pasukan lain akan takut dengan kami. Kami boleh menjadi pasukan yang perlu ditewaskan. Kami hanya kurang beberapa perlawanan untuk meneruskan usaha memburu trofi besar,” katanya. kepada BT

Dalam pada itu, perlawanan membabitka­n kumpulan sama menyaksika­n Rapid Vienna menewaskan Dinamo Zagreb 2-1 yang juga kemenangan pertama mereka.

Lyon juga melakukan permulaan sempurna dalam kempen Eropah dan bangkit daripada ketinggala­n bagi mengatasi Sparta Prague 4-2.

Wakil Perancis itu, yang meneruskan 15 minit terakhir perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain muda, Malo Gusto dilayangka­n kad merah, ketinggala­n 0-2 di awal perlawanan.

Pemain Cameroon Karl Toko Ekambi meledak dua gol, pemain Perancis, Houssem Aouar dan pemain

Brazil, Lucas Paqueta kemudian memastikan gol kemenangan buat pasukan itu.

Pendahulu Serie A, Napoli memastikan kemenangan pertama Eropah musim ini selepas mengatasi Legia Warsaw pasukan yang tidak pernah tewas sebelum ini, 3-0.

Monaco kekal di puncak Kumpulan B ketika pemain tengah berusia 21 tahun, Sofiane Diop meledak gol pada minit ke-89 ketika kemenangan 2-1 ke atas PSV Eindhoven.

Wakil Austria, Sturm Graz kekal tanpa mata selepas tiga perlawanan apabila pemain Sweden, Alexander Isak menjaringk­an gol dalam babak kedua untuk kemenangan 1-0 Real Sociedad.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia