Harian Metro

Atlet negara harap skim pencen jadi realiti

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur:

Barisan atlet negara mengharapk­an Belanjawan 2022 yang dibentangk­an pada 29 November depan memberi khabar gembira buat sukan tanah air.

Antara paling diharapkan adalah skim pencen yang selama ini menjadi idaman buat semua atlet yang berjaya mengharumk­an nama negara di pentas antarabang­sa.

Jika dapat direalisas­ikan ia mampu menarik lebih ramai lagi bakat di luar sana menjadikan sukan sebagai kerjaya kerana dapat menjamin masa depan lebih stabil.

Itu antara harapan atlet tenpin boling negara, Rafiq Ismail agar kerajaan di bawah pimpinan Menteri Belia dan Sukan yang baru, Datuk

MSeri Ahmad Faizal Azumu dapat merealisas­ikan skim pencen berkenaan.

“Apa yang saya harap cuma satu, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) atau pencen. Sudah beberapa tahun atlet seperti kami membincang­kan mengenai isu ini dan semoga ia menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu bekas pelumba pemotoran negara yang pernah beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP), Azlan Shah Kamaruzama­n berharap kerajaan tidak lagi menganakti­rikan sukan permotoran.

Dia yang pernah beraksi dalam kategori Moto2 pada 2013 hingga 2015 berkata, atlet yang terbabit dalam dunia permotoran tetap membawa nama Malaysia ke peringkat antarabang­sa.

“Kami bawa misi sama, menjulang nama negara. Jika berjaya kami disanjung tapi dari segi bantuan sukan permotoran ini langsung tidak mendapat perhatian.

“Sempena belanjawan 2022 ini, saya harap kerajaan membuka mata untuk beri perhatian lebih khusus kepada pelumba permotoran negara,” katanya.

Sementara itu bagi atlet karate negara, S Prem Kumar, dia mengharapk­an berita gembira buat atlet.

“Tak banyak saya harap cuma ada satu. Kerajaan beri yang terbaik dan kami atlet berjanji beri yang terbaik juga,”

katanya.

Saya lihat Shah berlumba secara konservati­f. Mungkin bimbang terjatuh atau berlanggar Harnizam

 ?? ??
 ?? ?? AZLAN Shah
AZLAN Shah
 ?? ?? RAFIQ
RAFIQ
 ?? ?? PREM Kumar
PREM Kumar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia