Harian Metro

TAKUT TERJATUH

Impian Shah jejak kaki ke podium tidak kesampaian

-

asih banyak yang perlu dilakukan oleh Olimpian negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom apabila impiannya untuk menjejakka­n kaki di podium dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2021 di Roubaix, Perancis tidak kesampaian.

Pelumba kelahiran Johor itu menamatkan saingan di kedudukan kelima saringan pertama yang dikuasai juara dunia, Harrie Lavreysen dari Belanda dan Jai Angsuthasa­wit dari Thailand kedua kelmarin.

Shah kemudian terpaksa bersaing di pusingan repechage saringan ketiga namun gagal untuk menamatkan saingan itu selaku juara sekali gus impian untuk mara ke peringkat akhir tidak kesampaian selepas menamatkan saingan di kedudukan ketiga, tewas kepada pelumba tuan rumah, Sebastien Vigier.

Melihat prestasi itu, penolong jurulatih negara, Harnizam Basri yang mengiringi dua pelumba negara ke Perancis itu berkata, Shah dilihat berlumba dengan berhati-hati bagi mengelakka­n diri dari terjatuh atau berlanggar dalam perlumbaan itu.

“Saya lihat Shah berlumba secara konservati­f. Mungkin bimbang terjatuh atau berlanggar. Apapun ini perlumbaan pertamanya selepas Olimpik Tokyo yang mana prestasi dia tidak berada di tahap optimum selepas berehat hampir sebulan selepas Olimpik.

“Keadaan trek juga berbeza di setiap venue. Setiap trek mempunyai ciri istimewa dan kali ini trek hanya dibuka untuk latihan selama sebelum pertanding­an kerana protokol Covid-19.

“Apapun saya harap dia dapat menyesuaik­an diri dengan trek dan lebih bersedia dalam acara pecut nanti,” katanya.

Shah memberi impak positif buat skuad negara ketika beraksi di temasya Olimpik yang lalu masih lagi mempunyai baki satu lagi acara iaitu pecut yang berlangsun­g hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia