Harian Metro

Teruskan rentak kemenangan

-

Kuala Terengganu:

Walaupun tanpa tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Perak FC pada aksi ketiga saingan Piala Malaysia Kumpulan B minggu depan, skuad Terengganu FC (TFC) tidak tempang.

Malah perancanga­n skuad kendalian Nafuzi Zain dan pembantuny­a, Tengku Hazman Raja Hassan untuk meneruskan rentak kemenangan ketiga berturut-turut juga tidak terjejas kerana pengganti tiga pemain berkenaan juga tidak kurang hebatnya.

Tiga pemain tonggak skuad

Penyu, Muhammad

Azam Azmi Murad yang beraksi di posisi pertahanan kanan, Nik Akif Syahiran Nik Mat (tengah) dan Hakimi Abdullah (sayap) kini berada di Mongolia bersama pasukan kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) yang bakal beraksi dalam saingan Kelayakan Piala Asia B-23 Kumpulan J bagi merebut tempat ke pusingan akhir Piala Asia B-23 tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu FC (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas menjelaska­n pengganti tiga pemain itu juga adalah mereka yang mampu menggalas tugas dengan berkesan selain sudah kerap membarisi kesebelasa­n utama pasukan musim ini.

“Ketua jurulatih sudah mengenal pasti pemain yang sesuai bakal mengisi posisi tiga pemain berkenaan dan mereka juga tidak kurang hebatnya, malah corak permainan pasukan pun tidak akan terjejas sama sekali.

“Jadi kita tidak bimbang tanpa kehadiran tiga pemain itu walaupun misi kita adalah untuk melepasi peringkat Kumpulan B terlebih dahulu sebelum melangkah ke pusingan seterusnya dalam kempen Piala Malaysia kali ini,” katanya ketika dihubungi

Tiga tonggak utama skuad TFC kini bersama skuad B-23 negara di Mongolia

semalam.

Dalam pada itu beliau menjelaska­n aksi persahabat­an menentang Kelantan

United FC (KUFC) yang sepatutnya berlangsun­g pada malam ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV Kota Bharu

dan Kelantan FC sehari kemudian terpaksa dibatalkan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

 ?? ?? PEMAIN Negeri Sembilan FC, Annas Rahmat (dua dari kanan) diasak pemain skuad B-23 negara dalam aksi persahabat­an, baru-baru ini.
PEMAIN Negeri Sembilan FC, Annas Rahmat (dua dari kanan) diasak pemain skuad B-23 negara dalam aksi persahabat­an, baru-baru ini.
 ?? ?? PEMAIN Terengganu FC giat menjalani latihan di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak menjelang pertemuan dengan Perak FC minggu depan. FOTO TFC
PEMAIN Terengganu FC giat menjalani latihan di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak menjelang pertemuan dengan Perak FC minggu depan. FOTO TFC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia