Harian Metro

Masih dalam pemantauan

-

Kuala Lumpur:

Dua tonggak utama Penang FC, Khairu Azrin Khazali dan Rafael Vitor masih dalam pemantauan selepas berdepan kecederaan sebelum dibenarkan untuk kembali beraksi dalam perlawanan ketiga Piala Malaysia berdepan Sri Pahang FC, 30 Oktober ini.

Pengendali­nya, Tomas Trucha mengesahka­n dua pemain itu hanya menjalani latihan ringan dan masih belum kembali ke padang sepenuhnya bersama rakan sepasukan lain.

Namun, beberapa pemain lain dilihat akan terus menjadi pilihan utama Trucha bagi menggantik­an posisi yang ditinggalk­an seperti Danial Ashraf, Latiff Suhaimi dan Ryuji Utomo menjelang pertembung­an dengan Sri Pahang nanti.

Skuad Harimau Kumbang dilihat beraksi tempang tanpa kudrat Khairu Azrin dan Vitor di benteng pertahanan apabila masing-masing diketepika­n dalam dua perlawanan pertama Piala Malaysia seterusnya gagal meraih kemenangan setakat ini.

“Mereka berdua masih belum dapat berlatih bersama pemain yang lain dan sekarang dalam program secara individu lagi untuk memastikan mereka cergas sepenuhnya.

“Memang kita boleh katakan baik Khairu Azrin dan Vitor, kedua-duanya sentiasa dalam kesebelasa­n utama untuk perlawanan liga musim ini, tetapi sekarang saya masih lagi sedang berusaha untuk mencari pengganti terbaik bagi menggantik­an posisi itu sementara menunggu mereka mampu untuk kembali beraksi.

“Secara jujurnya, saya masih memberi waktu kepada pemain yang jarang bermain untuk sentiasa mempersiap­kan diri mereka bagi diturunkan dan mampu beraksi sebaik mungkin sekiranya diberi peluang,” katanya.

 ?? ?? KHAIRU Azrin (kiri) diasak pemain PJ City FC, Khyril Muhymeen dalam aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
KHAIRU Azrin (kiri) diasak pemain PJ City FC, Khyril Muhymeen dalam aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia