Harian Metro

SKUAD NSFC ‘LUMPUH’

Lupakan Piala Malaysia angkara Covid-19

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) boleh dikatakan ‘lumpuh’ menjelang saingan Piala Malaysia bersambung hujung bulan ini apabila 20 pemain dan empat pegawai disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan media Negeri Sembilan FC memaklumka­n pasukan itu terpaksa menarik diri daripada beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia yang akan bersambung hujung bulan ini.

Hal ini kerana, juara Liga Perdana itu terpaksa berehat panjang selepas perlu menjalani kuarantin wajib 10 hari di rumah dengan dipantau oleh Kementeria­n

Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, perlawanan persahabat­an yang sepatutnya berlangsun­g dalam tempoh terdekat ini termasuk membabitka­n Kuching FC Rabu lalu turut dibatalkan atas faktor keselamata­n.

“Ujian pengesanan Covid-19 secara berterusan masih dijalankan bagi kontak pemain dan pegawai NSFC yang terbabit. Selain itu, demi menjaga keselamata­n semua pihak termasuk mengambil kira nasihat diberikan doktor pasukan, pihak NSFC ingin memohon kemaafan kepada penyokong pasukan kerana hal ini juga membabitka­n pembatalan perlawanan persahabat­an menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan 20 Oktober lalu.

“Pada masa sama, pasukan NSFC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia 2021,” katanya.

Mengikut rekod, NSFC mencatatka­n rekod paling tinggi Covid-19 menjangkit­i dalam kalangan pemain sekali gus menyebabka­n pasukan terbabit tidak dapat beraksi pada baki perlawanan Piala Malaysia.

Sebelum ini, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terpaksa menunda beberapa perlawanan Liga Super apabila terdapat pemain disahkan dijangkit pandemik berkenaan. Antara pasukan yang pemainnya pernah dijangkiti Covid-19 adalah membabitka­n Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kuching City FC dan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia