Harian Metro

PJ City tagih peledak tempatan

- Oleh Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban:

Rangkaian gandingan Darren Lok, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan R Kogileswar­an menjadi taruhan utama skuad Petaling Jaya (PJ) City FC pada saingan Piala Malaysia yang akan kembali bersambung 29 Oktober ini.

Ini ditegaskan pengurus pasukan, K Rajendran yang mengakui ketiga-tiga pemain berkenaan bakal dijadikan sandaran dalam misi memburu kemenangan pada baki saingan peringkat Kumpulan D.

“Berbanding pasukan lain yang memiliki pemain import, kami menaruh harapan tinggi kepada tiga tonggak barisan hadapan iaitu Darren Lok, Khyril Muhymeen dan Kogileswar­an untuk membantu meraih kemenangan dalam baki saingan peringkat kumpulan.

“Ketiga-tiga pemain ini menunjukka­n keserasian dan gandingan mantap dalam latihan dan aksi persahabat­an yang diadakan sepanjang tempoh rehat. Kami yakin mereka akan dapat membantu pasukan untuk mendapatka­n keputusan yang baik terutama pada aksi menentang Kelantan FC di gelanggang sendiri, 29 Oktober nanti,” katanya semalam.

Rajendran berkata, persiapan pasukan bagi menghadapi perlawanan ketiga peringkat kumpulan itu ketika ini berjalan lancar dengan semua pemain dilihat dalam motivasi yang tinggi.

Menurutnya, pasukan itu mengadakan tiga aksi persahabat­an dengan mencatatka­n dua kemenangan iaitu mengatasi Uitm FC 1-0 dan 3-1 ke atas skuad Bawah 22 Tahun (B-22) kebangsaan manakala tewas kepada Selangor, 0-1.

“Keputusan memberangs­angkan dalam aksi persahabat­an itu menyuntik motivasi dan keyakinan yang tinggi kepada pemain, namun usaha meningkatk­an lagi tahap prestasi pasukan terus diberikan perhatian.

“Kami sedar, cabaran bakal dihadapi nanti lebih berliku dan pasukan perlu bangkit mencatat kemenangan pada aksi akan datang bagi memastikan peluang layak ke suku akhir tidak tersasar.

“Justeru, kami mahu menggunaka­n peluang menentang Kelantan di gelanggang sendiri nanti dengan sebaiknya bagi mendapatka­n tiga mata,” katanya.

Selepas mengharung­i dua perlawanan, PJ City kini berada di kedudukan ketiga carta Kumpulan D selepas meraih satu mata hasil seri dengan Sabah FC dan sebelum itu tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

 ?? ?? DARI kiri Darren, Khyril dan Kogileswar­an jadi sandaran robek gawang musuh.
DARI kiri Darren, Khyril dan Kogileswar­an jadi sandaran robek gawang musuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia