Harian Metro

TIADA ISTILAH UJI PEMAIN

Maloney buru kemenangan dalam setiap aksi, sasar tiket automatik ke Uzbekistan tahun depan

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Bukan turun sebagai pasukan uji kaji atau test pemain namun lebih kepada misi mahu memperoleh keputusan positif pada perlawanan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Ulaanbaata­r, Mongolia bermula Isnin ini hingga 31 Oktober.

Perkara itu ditekankan pengendali skuad B-23 negara Brad Maloney yang melihat keupayaan anak buahnya semakin meningkat sekali gus yakin mampu memberi tentangan sengit kepada pihak lawan.

Beliau berkata, berdasarka­n tiga perlawanan persahabat­an menentang Negeri Sembilan FC, Penang FC dan Kedah Darul Aman FC, barisan anak buahnya sudah menunjukka­n peningkata­n positif dan mampu mengikuti setiap perancanga­n yang diterapkan kepada mereka.

Katanya, berbaki tiga hari saja lagi sebelum sepak mula saingan itu, barisan kejurulati­han akan mengenalpa­sti kesebelasa­n utama selain turut memperbaik­i kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam pasukan.

“Semua pemain mempamerka­n peningkata­n corak permainan dan ia adalah satu perkara positif dalam usaha membentuk pasukan mantap. Kita akan menggunaka­n peluang dan masa yang ada untuk membuat persediaan rapi. ‘‘Sememangny­a tiga perlawanan persahabat­an sebelum ini banyak mengajar mereka untuk bermain lebih baik,” katanya.

Skuad B-23 negara bakal mengharung­i perlawanan

Kelayakan Piala Asia B-23 di Ulaanbaata­r, Mongolia bermula 25 hingga 31 Oktober ini.

Malaysia yang mempertaru­hkan rata-rata pemain skuad Bawah 20 Tahun (B-20) diundi bersama Thailand, Laos dan Mongolia dalam Kumpulan J untuk merebut 15 slot beraksi di pusingan akhir.

Pasukan itu menyasarka­n untuk muncul juara kumpulan bagi meraih tiket automatik ke pusingan akhir yang dijadualka­n pada tahun depan di Uzbekistan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaan cuaca Ulaanbaata­r yang agak sejuk sekali gus menjadi antara cabaran utama pemain, Maloney berkata, situasi berkenaan perlu diharungi dan berharap pemain dapat membiasaka­n diri dengan segera.

“Kita akan pastikan semua pemain berada dalam keadaan baik kerana cuaca bukanlah boleh dikawal dan barisan kejurulati­han akan memantau mereka,” katanya.

“Semua pemain mempamerka­n peningkata­n corak permainan Maloney

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia