Harian Metro

HARGAI SEBELUM DIJEMPUT ‘PULANG’

Pesanan ikhlas seorang anak tunggal kehilangan ibu akibat Covid-19

- Oleh Murnaena Muhammad Nasir am@hmetro.com.my

“Siapa yang masih diberi peluang bertemu orang tersayang, jagasetahu lah, hargailah bab kita tidak bila-bila masa saja Allah boleh tanikmat rik itu,” kata Syed Muhammad

Syed Abdullah.

Syed Muhammad, 25, kehilangan ibu tercinta, Mardziyato­n Darus di usianya 49 tahun pada 25 Ogos lalu akibat Covid-19 selepas bertarung nyawa selama 15 hari di Hospital Ampang.

Katanya, pemergian ibunya begitu pantas dan tidak disangka namun sebagai anak dia reda dengan ketentuan Ilahi.

Berkongsi lanjut, keadaan kesihatan ibunya mulai merosot selepas disahkan positif Covid-19 pada 8 Ogos lalu dan turut dijangkiti dia, isteri, Nurul Hana Batrisyia Lokman, 26, dan anaknya, Syarifah Maryam

Jazzmyn, 2.

“Tidak sangka ujian ini menimpa kami biarpun keluarga sentiasa mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19, tetapi tetap tidak lari daripada dijangkiti.

“Memang sukar untuk lalui apatah lagi saya ketua keluarga, perlu tunjuk kuat depan ibu, isteri dan anak.

“Kami semua kuarantin kendiri di rumah, cuma ibu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana bacaan oksigen ibu semakin teruk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, ibunya ‘ditidurkan’ di unit rawatan rapi (ICU) selama lima hari sebelum menghembus­kan nafas terkahir.

“Saya dengan ibu sangat rapat, saya anak tunggal dan arwah juga ibu tunggal yang menjaga saya sejak usia tujuh tahun seorang diri.

“Dia (ibunya) segalanya bagi saya sama ada sebagai seorang ibu, kawan baik, guru atau rakan sekerja.

“Saya bersyukur Allah beri saya ibu yang sangat hebat dan kuat, kekuatan yang saya miliki sekarang

Saya dengan ibu sangat rapat, saya anak tunggal dan arwah juga ibu tunggal

Syed Muhammad

 ?? ?? GAMBAR kenangan Syed Muhammad bersama arwah ibu tersayang.
MARDZIYATO­N (kiri) hembus nafas terakhir selepas lima hari bertarung nyawa di ICU akibat Covid-19.
GAMBAR kenangan Syed Muhammad bersama arwah ibu tersayang. MARDZIYATO­N (kiri) hembus nafas terakhir selepas lima hari bertarung nyawa di ICU akibat Covid-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia