Harian Metro

TARANTULA TANPA DOKUMEN

Perhilitan rampas 12 ekor labah-labah disimpan secara tidak sah

- Oleh Ahmad Hasbi am@hmetro.com.my

Berbisa dan berbahaya. Namun masih ada individu dikesan menyeludup masuk secara haram dan menjual labah-labah tarantula kepada peminat serangga aneh.

Kegiatan itu dikesan susulan serbuan dan rampasan dilakukan Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan di sebuah premis di Seremban, baru-baru ini.

Difahamkan, sebanyak 12 ekor labah-labah tarantula dirampas selepas didapati disimpan tanpa sebarang dokumen penyimpana­n yang sah.

“Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Seremban berkaitan rampasan itu. Kesemua barang rampasan dibawa ke Jabatan Perhilitan Negeri

Sembilan untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Nurul Ermi Ramli berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung rampasan tarantula berkenaan.

“Pihak kami masih dalam proses pengecaman spesies labah-labah itu dan ia mengambil sedikit masa. Siasatan lanjut masih berjalan sehingga kini.

“Kami juga sudah mengambil keterangan daripada pemilik serangga berkenaan iaitu seorang lelaki berusia lingkungan 20-an.

“Siasatan awal mendapati labah berkenaan disimpan sebagai haiwan peliharaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 kerana menyimpan hidupan liar. Jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara sehingga maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pihak kami masih dalam proses pengecaman spesies labah-labah itu dan ia mengambil sedikit masa. Siasatan lanjut masih berjalan sehingga kini”

Nurul Ermi Ramli

 ?? ?? PIHAK Perhilitan masih dalam proses pengecaman spesies labah-labah yang dirampas.
PIHAK Perhilitan masih dalam proses pengecaman spesies labah-labah yang dirampas.
 ?? ??
 ?? ?? KAKITANGAN Perhilitan Negeri Sembilan merampas 12 labah-labah dalam pemeriksaa­n di sebuah premis di sekitar daerah Seremban.
KAKITANGAN Perhilitan Negeri Sembilan merampas 12 labah-labah dalam pemeriksaa­n di sebuah premis di sekitar daerah Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia