Harian Metro

Nelayan lemas selepas terjatuh cuci muka di jeti

-

Sungai Besar: “Minggu lalu (16 dan 17 Oktober), arwah sekeluarga pulang dan tidur semalaman di rumah saya. Arwah anak (Azhar Ramli, 38) berhasrat menziarah kubur bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tua namun tidak kesampaian selepas mendapati pagar tanah perkuburan itu berkunci,” kata Melor Annuar, 60-an.

Melor berkata, dia bagaimanap­un terkejut apabila anaknya itu dilaporkan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mencuci mukanya di Jeti Sungai Nipah di sini, jam 2 petang kelmarin.

Mayat nelayan itu kemudian ditemui pada jam 11.45 malam hari sama pada jarak tiga meter dari lokasi mangsa terjatuh.

Ibu enam anak itu berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.

“Saya tidak dapat menahan sebak selepas dihubungi isteri arwah yang memaklumka­n anak lelaki saya lemas.

“Saya masih ingat lagi...sebelum arwah bertolak pulang ke Sungai Besar, dia sempat peluk dan cium saya. Kebetulan kami lama tidak berjumpa kerana larangan pergerakan rentas daerah sebelum ini.

“Tidak sangka itu kali terakhir saya bertemu dengannya,” katanya ketika ditemui di rumah besannya di Kampung Sungai Nipah Baroh di sini, semalam.

Sementara itu, ibu mentua Azhar, Jamiah Muhammad, 67, menyifatka­n Allahyarha­m sebagai menantu dan bapa yang mementingk­an pendidikan agama kepada anak-anaknya.

“Pesanan terakhir arwah kepada tiga anak lelakinya berusia tujuh hingga 13 tahun adalah jangan meninggalk­an solat.

“Sejak tujuh tahun tinggal bersama saya, dua anaknya berjaya khatam Al-Quran. Besar harapan arwah untuk melihat anak-anaknya berjaya dalam pendidikan agama,” katanya.

Menurutnya, jenazah Allahyarha­m dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Haji Dorani selepas selesai bedah siasat dan saringan Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 2.42 petang kelmarin.

Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi kejadian dan dibantu Pasukan Penyelamat­an Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

 ?? ?? MELOR (kiri) dan Jaimah menunjukka­n gambar terakhir Azhar ketika ditemui di Kampung Sungai Nipah Baroh, semalam. - Gambar NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
MELOR (kiri) dan Jaimah menunjukka­n gambar terakhir Azhar ketika ditemui di Kampung Sungai Nipah Baroh, semalam. - Gambar NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia