Harian Metro

Kompaun: Manjung kedua tertinggi

-

Lumut:

Enam lelaki termasuk pelajar berusia 16 tahun dikompaun kerana tidak lengkap tempoh 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua vaksin di Teluk Batik dan Teluk Senangin di sini, semalam.

Lima lelaki berusia 19 dan 20 tahun dari Tanjung Karang, Selangor dikompaun kerana merentas negeri tanpa lengkap dua dos vaksin 14 hari.

Sementara itu, di Teluk Senangin pula remaja berusia 16 tahun dari Gerik dikompaun atas kesalahan sama.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang atas kesalahan itu.

Menurutnya, pihaknya turut mengeluark­an satu kompaun atas kesalahan sama pada seorang individu di Marina Wings pada 18 Oktober lalu.

“Lima lelaki yang dikenakan kompaun di Teluk Batik datang ke sini berkonvoi motosikal dengan kumpulan masing-masing untuk beriadah.

“Mereka sudah menerima dua dos vaksin, tetapi ia belum cukup tempoh 14 hari bagi dos kedua,” katanya selepas melakukan pemantauan SOP di Teluk Batik di sini, semalam.

Operasi di dua lokasi pantai peranginan terkenal berkenaan disertai 46 anggota membabitka­n polis, Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Majlis Perbandara­n Manjung (MPM), Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan

Sukarelawa­n Malaysia (Rela).

Menurutnya, kebenaran merentas negeri dan aktiviti riadah di kawasan tumpuan ramai perlu diselarask­an dengan pematuhan semua prosedur operasi standard (SOP) dan syarat ditetapkan bagi membendung penularan virus Covid-19.

“Semua pihak perlu memainkan peranan supaya mempunyai tanggungja­wab terus kekal mematuhi SOP terutama di tempat tumpuan ramai. Ibu bapa perlu sentiasa pantau pergerakan anak supaya mereka tidak melanggar SOP.

“Pemerhatia­n pagi ini (semalam) mendapati kebanyakan pengunjung terutama dewasa mempunyai dos vaksin yang lengkap dan lebih tempoh matang (14 hari selepas dos kedua),” katanya.

Nor Omar berkata, pihaknya mengeluark­an 3,721 kompaun atas pelbagai kesalahan pelanggara­n SOP sejak Mac tahun lalu hingga kini.

Katanya, Manjung menjadi daerah kedua tertinggi di Perak yang mengeluark­an kompaun dengan kesalahan tidak memakai pelitup muka adalah tertinggi yang dicatatkan selain tidak mengimbas aplikasi MySejahter­a. “Sebanyak 21 kesalahan timemakai dak pelitup muka dicatatkan dari 28 komdikepad­a paun luarkan 18 Mac lalu hingga hari ini (semalam),” katanya.

Kekal patuhi SOP terutama di tempat tumpuan ramai Nor Omar

 ?? ?? PARA pelancong membanjiri pusat pelanconga­n di Pulau Pinang selepas kebenaran rentas negeri di seluruh negara bermula 11 Oktober lepas berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) mencapai 90 peratus. Ia memberi sinar harapan positif bahawa sektor pelanconga­n negeri yang kini dalam landasan untuk pulih dan ia bakal menjana pendapatan lebih kepada penduduk setempat.
PARA pelancong membanjiri pusat pelanconga­n di Pulau Pinang selepas kebenaran rentas negeri di seluruh negara bermula 11 Oktober lepas berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) mencapai 90 peratus. Ia memberi sinar harapan positif bahawa sektor pelanconga­n negeri yang kini dalam landasan untuk pulih dan ia bakal menjana pendapatan lebih kepada penduduk setempat.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia