Harian Metro

NASIB TERBELA

Lima beradik yatim piatu terima pencen penakat Perkeso arwah ibu

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Nasib lima beradik yang kematian ibu bapa akibat jangkitan Covid-19 mendapat perhatian Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) yang menyampaik­an sumbangan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) serta Pencen Penakat, semalam.

Sumbangan itu disampaika­n Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan kepada datuk kepada lima beradik berkenaan iaitu Abdul Razak Basiron, 67, di kediaman mereka dekat Kota Perdana di sini.

Saravanan berkata, FPM merangkumi bayaran sekali bayar iaitu RM2,000 manakala Pencen Penakat berjumlah RM835.70, iaitu faedah menerusi Skim Keliatan di bawah Akta 4 dibayar setiap bulan kepada semua anak waris sehingga mereka mencecah usia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama.

Beliau berkata, buat masa ini, kedua-dua bayaran faedah itu disalurkan kepada Abdul Razak yang kini memikul tanggungja­wab sebagai ketua keluarga dan penjaga lima beradik itu.

“Ini hari paling sedih bagi saya apabila bertemu lima anak berusia tiga hingga 11 tahun yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.

“Mujur majikan ibu lima kanak-kanak ini mencarum dengan Perkeso, jadi mereka layak menerima bantuan pencen bulanan yang diberi kepada datuk mereka.

“Perkeso turut mengambil mereka sebagai anak angkat dan menanggung (kos pengajian) sekiranya mereka mahu menyambung pengajian ke peringkat universiti,” katanya selepas melakukan kunjungan ziarah dan menyampaik­an sumbangan.

Hadir sama Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Cawangan Skuad Prihatin dan Sinergi Ismail Abi Hashim dan Pengurus Pejabat Perkeso Putrajaya R Thavamani.

Sementara itu, Abdul Razak berbesar hati menerima kunjungan KSM dan Perkeso

“Ini hari paling sedih bagi saya apabila bertemu lima anak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 Saravanan

selain bantuan disampaika­n kepada keluargany­a.

Kata Abdul Razak, dia sedia memikul tanggungja­wab menjaga kelima-lima cucunya itu dengan sebaik-baiknya dan menerima ketentuan Ilahi walaupun terkesan dengan pemergian anaknya, Ida Haryanie, 38, dan menantunya, Hasil Tahal, 46.

“Terima kasih Perkeso dan menteri kerana sudi datang ziarah kami.

“Tiada masalah jaga anak arwah kerana mereka cucu saya dan hubungan kami rapat.

“Selain Perkeso, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pusat zakat, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) juga tampil beri sumbangan dan keperluan asas,” katanya.

Hasil yang juga pemilik syarikat binaan meninggal dunia pada 11 Ogos lalu selepas 18 hari bertarung nyawa akibat jangkitan Covid-19.

Ida Haryanie pula menghembus­kan nafas terakhir pada 7 Oktober selepas 64 hari bertarung nyawa.

Kedua-duanya diintubasi (ditidurkan) ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Pasangan itu meninggalk­an lima anak iaitu Hadrami, 11, Humaira, 9, Harraz, 8, Hawwas, 6, dan Hannan.

 ?? ?? SARAVANAN (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat jangkitan Covid-19 sambil diiringi Dr Mohammed Azman.
SARAVANAN (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa akibat jangkitan Covid-19 sambil diiringi Dr Mohammed Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia