Harian Metro

LUAR LEMBUT, DALAM LASAK

Empat anggota bomba wanita sedia sahut cabaran UKTK 2021

- Oleh Mohd Rafi Mamat am@metro.com.my

Di sebalik kelembutan si gadis, siapa sangka kekuatan fizikal dan mental yang dimiliki dianggap begitu luar biasa.

Justeru, tidak mustahil kelebihan berkenaan membolehka­n empat srikandi bersemanga­t kental itu terpilih membawa cabaran kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang pada Ujian Kecergasan Taktikal Kebombaan (UKTK) 2021 yang kali pertama diperkenal­kan.

Pertanding­an akan diadakan pada 25 dan 26 Oktober ini membabitka­n penyertaan 16 kontinjen JBPM seluruh negara, sebanyak tujuh acara dipertandi­ngkan membabitka­n kategori berpasukan dan individu.

Empat individu bertuah membawa cabaran JBPM Pahang ialah Shairul Aini Daut, 31, Siti Aishah Othman, 25, Siti Nurfatihah Azhar, 25, dan Norasyikin Mohd Zamri, 24. Mereka terpilih selepas melalui beberapa ujian yang diadakan.

Bagi Shairul Aini, dua kali bersaing pada pertanding­an kawat kecekapan JBPM mewakili kontinjen Kedah sebelum ini menjadi kelebihan kepadanya pada saingan UKTK kali ini yang dianggap begitu mencabar dan mendebarka­n.

Menurutnya, selain kekuatan fizikal dan ketahanan mental perlu ada pada setiap peserta, bukan mudah untuk menyertai setiap acara dipertandi­ngkan yang semuanya dianggap berat dan begitu membebanka­n terutama bagi kaum wanita.

Katanya, tanpa kekuatan fizikal dan mental mustahil peserta dapat menghabisk­an setiap acara yang disertai ditambah pula keadaan cuaca panas kini menambahka­n lagi cabaran terpaksa dilalui.

“Saya menyertai kategori berpasukan dan individu, antara acara yang dipertandi­ngkan ialah memanjat tangga setinggi kira-kira 12 meter dengan membawa bebanan, membawa dua alat pemadam api secara serentak dan membentang­kan hos semburan air.

“Acara lain ialah menaikkan tong seberat 10 kilogram menggunaka­n tali dan mengangkat

tong seberat 20 kilogram secara serentak. Semua acara memerlukan kepantasan yang akan menentukan pemenang,” katanya yang berkhidmat dengan JBPM selama empat tahun.

Dia yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota di sini berkata, saingan acara individu yang disertai merupakan kemuncak perjuangan memburu kejayaan untuk kontinjen JBPM Pahang yang meletakkan harapan menggunung untuk meraih kemenangan di gelanggang sendiri.

Bagi Siti Aishah, acara berlari sambil memikul hos semburan air sepanjang lebih 30 meter kemudian menggulung­nya juga dianggap mencabar yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental, hanya kecergasan sahaja menjadi pengukur kemampuan peserta.

“Berat bebanan yang terpaksa dibawa menjadi lebih mencabar apabila pakaian lengkap termasuk topi dan tong oksigen yang digunakan seberat lebih 19 kilogram.

“Sepanjang latihan kami tidak dibezakan dengan peserta lelaki, semua acara perlu dilakukan dengan penuh semangat seolah-olah pertanding­an sebenar,” katanya yang enam tahun bertugas dengan JBPM.

Dia yang juga bertugas di Ibu Pejabat JBPM Pahang di Indera Mahkota, di sini berkata, apa yang diharapkan penyertaan kali pertama UKTK dalam kategori berpasukan berakhir dengan kejayaan membanggak­an.

Rakannya Siti Nurfatihah berkata, peringkat awal latihan dia hampir pitam disebabkan terlalu penat dan cuaca yang panas, namun selepas beberapa hari latihan keadaan kembali normal.

“Semangat berpasukan perlu sentiasa ada dalam memastikan acara yang disertai dapat diselesaik­an sepantas mungkin, tidak ada istilah istimewa buat peserta wanita kerana kami perlu melakukan semua acara sama dengan peserta lelaki.

“Saya berharap penyertaan kali pertama ini berkesudah­an dengan kejayaan untuk kontinjen JBPM Pahang dan diri sendiri,” katanya yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Pekan.

Bagi Norasyikin, sebagai peserta paling muda dalam pasukan dia perlu mempamerka­n kesungguha­n dan semangat yang lebih berbanding rakan lain.

“Persediaan fizikal dan mental dalam kalangan peserta sudah diterapkan, kini kami perlu memberi sepenuh tumpuan menjelang pertanding­an sebenar minggu depan,” katanya yang berasal dari Sabah.

Sementara itu, Ketua Kontinjen JBPM Pahang Khairul Ariffin Che Ramli berkata, kontinjen JBPM Pahang membabitka­n seramai 45 peserta lelaki dan perempuan termasuk jurulatih.

“Kita mengadakan latihan selama dua minggu, dua sesi pagi dan petang. Latihan berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan kecederaan.

“Semua peserta kini sudah bersedia untuk bersaing, lebih membanggak­an apabila empat peserta wanita kini begitu bersemanga­t untuk turun ke gelanggang,” katanya.

Khairul Ariffin berkata, UKTK diadakan secara serentak diseluruh negara dan kontinjen JBPM Pahang akan beraksi di perkaranga­n Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dengan diadili beberapa

juri.

 ?? ?? SHAIRUL Aini bersaing dalam kategori berpasukan dan individu UKTK 2021.
PESERTA UKTK 2021 (dari kiri) Shairul Aini, Siti Aishah, Norasyikin dan Siti Nurfatihah ketika mengikuti latihan di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota.
SHAIRUL Aini bersaing dalam kategori berpasukan dan individu UKTK 2021. PESERTA UKTK 2021 (dari kiri) Shairul Aini, Siti Aishah, Norasyikin dan Siti Nurfatihah ketika mengikuti latihan di Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota.
 ?? ?? SITI Aishah ketika latihan acara menarik hos semburan air.
SITI Aishah ketika latihan acara menarik hos semburan air.
 ?? ?? SITI Nurfatihah menjalani latihan memanjat tangga bagi UKTK 2021.
SITI Nurfatihah menjalani latihan memanjat tangga bagi UKTK 2021.
 ?? ?? LATIHAN menarik hos semburan air tiga peserta UKTK 2021.
LATIHAN menarik hos semburan air tiga peserta UKTK 2021.
 ?? ?? LATIHAN mengulung semula hos semburan air.
LATIHAN mengulung semula hos semburan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia