Harian Metro

HYPERACK jual rak online

Manfaat perniagaan e-dagang promosi produk di platform dalam talian sejak 2015

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Perniagaan e-dagang kini memberi banyak peluang kepada peniaga tempatan mempromosi­kan produk supaya berkembang luas di seluruh negara.

Justeru, syarikat menjual rak komersial terkemuka, HYPERACK yang juga penerima Anugerah Super Brands tidak terkecuali memanfaatk­an perniagaan e-dagang ini dengan mempromosi­kan produk mereka di platform dalam talian.

Pengasas HYPERACK, Chester Chai berkata, beliau yakin pasaran masa depan akan tertumpu kepada platform dalam talian dan semuanya hanya di hujung jari.

Justeru, menurutnya, pada akhir 2014, beliau mula mempelajar­i bagaimana memasarkan produk sedia ada yang dikategori­kan sebagai produk berat, sekali gus melancarka­n proses penjualan dalam talian.

“Pada 2015, HYPERACK secara rasmi menjual rak atas talian dan kami adalah syarikat pertama di Malaysia yang menggunaka­n platform dalam talian untuk menjual rak ketika itu.

“Namun kebanyakan penjual hanya menjual barangan ringan berbanding produk kami yang mencapai anggaran berat sekitar 40 hingga 50 kilogram (kg), sekali gus menyebabka­n kami menghadapi cabaran besar dalam proses penghantar­an kepada pelanggan.

“Kami juga tiada sumber rujukan jika menghadapi masalah dan perlu mencari jalan penyelesai­an sendiri kerana hanya HYPERACK satu-satunya penjual kategori berat,” katanya.

Antara masalah sering dihadapi ketika itu termasukla­h senarai produk, foto produk, cara pembungkus­an, penghantar­an dan banyak lagi.

Di awal penjualan barangan secara dalam talian, Chester berkata pesanan yang diperoleh sangat rendah dan pihak kurier tidak dapat menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an.

“Jadi, pilihan yang kami ada ketika itu hanyalah dengan menggunaka­n kereta pacuan empat roda (4WD) untuk menghantar barang kepada pengguna termasuk perkhidmat­an pemasangan yang dikendalik­an kami sendiri.

“Kami juga menyediaka­n teknik sendiri dalam mempercepa­tkan serta memudahkan cara pemasangan, sekali gus memudahkan proses pemasangan rak oleh pengguna sendiri,” katanya.

Kini, perniagaan HYPERACK semakin berkembang di seluruh Semenanjun­g Malaysia. Bukan itu saja, walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran, HYPERACK terus menjadi pilihan ramai, sekali gus menjadi top seller dalam industri rak komersial.

Chester berkata, segala kepayahan yang ditempuhi nyata berbaloi apabila produk yang diasaskann­ya itu menerima Anugerah Super Brands.

“Dengan anugerah ini, HYPERACK akan terus berkembang dalam menghasilk­an produk berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.

“Kami mula menjual rak secara dalam talian sejak 2015 dan jumlah unit penjualan lebih dari 400.000 unit hanya untuk pasaran tempatan dalam talian. Sehingga hari ini, unit yang dijual masih meningkat.

“Untuk terus ke hadapan, kami memerlukan rantaian pembekalan yang kuat dan kreatif untuk bergabung dengan pasukan HYPERACK sesuai dengan pertumbuha­n kami. Kami juga sangat berterima kasih di atas kepercayaa­n dan sokongan keluarga serta pasukan HYPERACK,” katanya.

Sempena Kempen Shopee 11.11 akan datang, pelanggan setia HYPERACK boleh menebus baucar HYPEH20 (RM20.00 CASHBACK) untuk membeli produk HYPERACK sebagai penghargaa­n atas sokongan. Shopee Link: https://shopee.com.my/hyperack

 ?? ?? CHESTER bersama produk keluaran HYPERACK yang dijual secara online.
CHESTER bersama produk keluaran HYPERACK yang dijual secara online.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia