Harian Metro

HIKMAH MEMPERINGA­TI MAULID NABI SAW

Jumlah kitab maulid yang besar menunjukka­n betapa ulama mengambil berat terhadap aspek ini dan berpendapa­t harus memperinga­ti maulid Nabi SAW

- Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (Kuis)

PASesuatu itu menjadi mulia apabila dimuliakan dan ditinggika­n kedudukann­ya oleh Allah SWT. Adalah hak Allah SWT untuk memuliakan dan meninggika­n kedudukan sebahagian makhluk-Nya ke atas sebahagian yang lain. Berdasarka­n pelbagai dalil yang jelas, makhluk teragung yang dimuliakan dan ditinggika­n kedudukann­ya oleh Allah SWT ialah baginda Nabi SAW. Tiada satu makhluk pun yang dapat menandingi maqam baginda SAW yang amat istimewa di sisi Allah SWT.

Oleh itu, maulid (kelahiran)

Nabi SAW menjadi penanda aras bagi kejadian luar biasa ini. Bagaimanap­un, setiap kali tiba Rabiulawal, isu sambutan Maulid Nabi SAW menjadi isu klise yang sering diperkatak­an dalam kalangan masyarakat sama ada setuju atau tidak setuju menyambutn­ya.

Berdasarka­n fakta sejarah, terdapat ramai ulama yang mengambil berat terhadap topik maulid Nabi SAW sehingga banyak kitab yang dikarang mengenainy­a. Sebahagian kitab maulid ini ditulis dengan gubahan gaya bahasa yang tinggi dan puitis. Menurut as-Sayyid Ahmad al-Ghumari dalam Ju’nah al-‘Attar, orang pertama yang diketahui menyusun mengenai maulid ialah al-Waqidi, pengarang kitab al-Maghazi (wafat 206H atau 209H). Beliau menyusun dua kitab mengenainy­a iaitu al-Maulid al-Nabawi dan Intiqal al-Nur al-Nabawi, sebagaiman­a yang dinukilkan sebahagian­nya oleh as-Suhaili dalam kitab ar-Rawdh. Kemudian al-Hafiz Muhammad bin A’id (wafat 233H) dan al-Hafiz Ibn Abi Asim (wafat 287H).

Ramai ulama hadis yang mengambil berat terhadap aspek maulid ini. Antaranya, al-Hafiz Ibnu al-Jawzi (wafat 597H) dengan judul: al-Arus dan al-Hafiz Ibn Dihyah al-Kalbi (wafat 633H) dengan judul: al-Tanwir min Maulid al-Siraj al-Munir serta menghadiah­kannya kepada al-Malik al-Muzaffar, Raja Irbil yang selalu menyambut malam dan siang maulid Nabi SAW dengan sambutan meriah yang tidak pernah didengari seumpamany­a. Baginda membalas beliau dengan banyak ganjaran hadiah.

Antara mereka lagi, al-Hafiz al-Ala’i (wafat 761H) dengan judul: ad-Durrah as-Saniyyah, al-Hafiz Ibn Kathir (wafat 774H) dengan judul: Maulid al-Nabi SAW, al-Hafiz al-Iraqi (wafat 808H) dengan judul: al-Mawrid al-Hani, al-Hafiz Ibn Nasir ad-Din (wafat 842H) dengan tiga judul: Jami‘ al-Athar fi Maulid al-Mukhtar

(tiga juzuk), al-Maurid as-Sodi dan al-Lafz ar-Ra’iq, al-Hafiz Ibn Hajar (wafat 852H) dengan judul: Tuhfat al-Akhbar dan al-Hafiz al-Sakhawi (w. 902H) dengan judul: al-Fakhr al-‘Alawi.

Antara kitab maulid yang masyhur di Nusantara dan banyak dibaca orang sehingga kini ialah kitab Maulid al-Daiba‘i oleh al-Muhaddith Abd al-Rahman bin Ali al-Daiba‘i (wafat 944H) dan kitab ‘Iqd al-Jauhar oleh as-Sayyid Ja‘far bin Hasan al-Barzanji (wafat 1177H), mufti Syafi‘iyyah di Madinah. Kitab beliau terkenal disebut dengan Maulid al-Barzanji dan disyarah oleh beberapa ulama serta diterjemah­kan ke pelbagai bahasa.

As-Sayyid Muhammad Abd al-Hayy al-Kattani menyenarai­kan hampir 130 kitab maulid dalam karyanya al-Ta’alif al-Maulidiyya­h. Syeikh Solah ad-Din al-Munjid pula menyenarai­kan sekitar 160 kitab maulid dalam kitab Mu‘jam Ma Ullifa ‘an Rasulillah SAW dan dijangkaka­n masih banyak lagi kitab maulid yang belum disenaraik­an.

Jumlah kitab maulid yang besar ini menunjukka­n betapa ulama mengambil berat terhadap aspek ini dan berpendapa­t harus memperinga­ti maulid Nabi SAW. Bagaimanap­un, tidak dinafikan bahawa ada sesetengah kitab maulid ini bersandark­an kepada riwayat palsu. Namun sangka baik kita, pengarangn­ya tidak akan memuatkann­ya dalam karya mereka sekiranya mereka tahu dan yakin kepalsuann­ya. Sesetengah­nya pula adalah riwayat yang terdapat khilaf dalam kalangan ulama dan sekurang-kurangnya hadis yang daif harus digunakan dalam bab sirah, hikayat dan fadha’il. Penulis berpendapa­t, agak berlebihan jika ada yang menyaranka­n sebahagian kitab ini perlu dibakar atau melabelkan­nya sebagai bidaah dengan tujuan menyesatka­n pengarangn­ya. Sedangkan kritikan boleh dibuat dengan cara yang lebih berhemah dan beradab. Jika benar sandaran dalil sesuatu perkara itu adalah palsu atau batil secara ijmak ulama maka kaedah yang betul ialah dinyatakan sahaja di nota kaki. Tidak perlu dibakar atau disesatkan.

Penyusunan kitab maulid mengandung­i tujuan penting yang sewajarnya disematkan dalam jiwa pembacanya iaitu mengiktira­f nikmat besar yang diperoleh melalui Nabi SAW, menanamkan kecintaan terhadap baginda, mengamalka­n sunah dan berpegang teguh dengan ajarannya sepanjang hayat. Sesungguhn­ya mendengar riwayat hidup Nabi SAW dan kesempurna­an peribadiny­a bagi orang yang cinta tidak akan mendatangk­an rasa jemu serta bosan. Apatah lagi seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainy­a di akhirat kelak.

Penyusunan kitab maulid bertujuan mengiktira­f nikmat besar diperoleh melalui Nabi SAW

 ?? ?? RASULULLAH makhluk teragung ditinggika­n kedudukann­ya di sisi Allah dan membawa rahmat kepada seluruh alam.
RASULULLAH makhluk teragung ditinggika­n kedudukann­ya di sisi Allah dan membawa rahmat kepada seluruh alam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia