Harian Metro

‘BORAK KEDAI KOPI’

- Oleh Hassan Omar am@hmetro.com.my

Belum ada perbincang­an formal antara Pas dan Umno Melaka berhubung pembahagia­n kerusi dalam Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 20 November ini.

Pesuruhjay­a Pas negeri, Datuk Kamarudin Sidek berkata, apa yang berlaku haperbuala­n nya biasa dengan sahabat Umno di kedai kopi berkaitan situasi politik semasa di negeri ini.

Sehubungan itu,

Pas masih menanti jemputan rasmi daripada Umno untuk berbincang dan bersedia memberikan kerjasama bagi memastikan kesejahter­aan politik masyarakat Melayu serta Islam.

“Belum ada lagi (perbincang­an rasmi), yang ada hanya borak dengan kawan Umno di kedai kopi,” katanya, semalam.

Sehubungan itu, beliau menolak desas-desus kononnya Pas mengadakan perbincang­an secara sulit dengan Umno mengenai pembahagia­n kerusi yang bakal ditandingi.

Sebaliknya, beliau menjelaska­n, Pas berbincang dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) Melaka mengenai pembahagia­n kerusi dan bakal dimuktamad­kan tidak lama lagi.

Sehubungan itu, beliau menyifatka­n kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, bahawa PN bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) sekadar ‘menguji gelanggang perang.’

Katanya, Muhyiddin dipercayai cuba menimbulka­n provokasi terhadap Umno sekadar menguji situasi politik menjelang penamaan calon pada 8 November ini.

Muhyiddin dilaporkan berkata, PN menjangkak­an keputusan Umno enggan bekerjasam­a dengan Bersatu, tetapi mengambil pendekatan berhemah menunggu Umno menyatakan pendirian.

Muhyiddin dipetik berkata, rundingan dalam kalangan parti PN termasuk Pas dan Gerakan diadakan segera untuk memastikan kemenangan gabungan itu dalam PRN.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘mengendurk­an tali yang sebelum ini ditarik tegang’ apabila menyatakan kerjasama Umno dengan PN dibawa ke perbincang­an Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, keputusan muktamad kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dengan PN diumumkan apabila mesyuarat Biro Politik dan MKT yang diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN sebelum penamaan calon.

Sehubungan itu, Kamarudin berkata, Pas sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada mana-mana parti yang ingin memelihara kepentinga­n Melayu dan Islam.

Belum ada lagi (perbincang­an rasmi), yang ada hanya borak dengan kawan Umno di kedai kopi.

Kamarudin Sidek

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia