Harian Metro

PRN sengit pertembung­an 3 penjuru

-

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini dijangka sengit di kebanyakan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan jangkaan pertembung­an tiga penjuru membabitka­n calon daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Jangkaan itu adalah berikutan pendirian diambil ketiga-tiga parti berkenaan yang berhasrat untuk bertanding di semua 28 kerusi Dun selain kegagalan mencapai kata sepakat antara BN dan PN.

Bagaimana pun, terdapat sebilangan kerusi yang mungkin menyaksika­n pertanding­an lebih tiga penjuru dengan Parti Putra yang sudah diluluskan pendaftara­nnya pada 8 Mei 2019 dan diterajui Presiden Datuk Ibrahim Ali menyatakan minat untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu.

Daripada 28 kerusi Dun, enam daripadany­a iaitu Paya Rumput, Rembia,

Telok Mas, Pengkalan Batu, Sungai Udang dan Pantai Kundur dijangka menjadi kerusi panas.

Dun Paya Rumput, Rembia, Telok Mas dan Pengkalan Batu sebelum ini adalah kerusi dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu namun empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mewakili kawasan itu iaitu Datuk Mohd Rafiq Naizamohid­een (Bersatu), Datuk Muhammad Jailani Khamis (PKR), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (DAP) bertindak menyokong BN bagi membentuk kerajaan baharu yang diterajui BN pada Mac tahun lalu.

Sebelum Langkah Sheraton pada tahun lalu, kerajaan negeri Melaka dipimpin bekas Ketua Menteri Adly Zahari selepas PH membentuk kerajaan dengan majoriti tipis iaitu 15 kerusi dan pembangkan­g 13 kerusi dan kepimpinan­nya hanya bertahan selama 22 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia