Harian Metro

EMPAT PROJEK JADI KEUTAMAAN DI SABAH

KPLB terus komited tumpu pembanguna­n luar bandar

- Oleh Yun Mikail am@hmetro.com.my

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan kementeria­nnya akan memberi tumpuan ke atas semua projek naik taraf membabitka­n beberapa kemudahan asas utama luar bandar di Sabah.

Beliau berkata, tiga infrastruk­tur asas yang menjadi keperluan paling penting serta memerlukan kos pelaksanaa­n tinggi adalah jalan raya, bekalan air dan elektrik luar bandar.

“Empat projek menjadi keutamaan membabitka­n semua kemudahan terbabit adalah jalan luar bandar, projek jalan perhubunga­n desa, bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar.

“Semua ini boleh saya katakan keutamaan kami di KPLB bagi pembanguna­n di seluruh negeri ini bersesuaia­n dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melawat projek menaik taraf jalan raya Kampung Pulau Penampang di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir memaklumka­n Sabah menerima peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi semua projek pembanguna­n luar bandar sepanjang tahun 2021.

Menurut Mahdzir, menerusi jumlah itu, sebanyak RM150 juta diagihkan untuk projek jalan kampung.

Sementara itu, beliau juga tidak menafikan terdapat beberapa projek luar bandar yang mengalami kelewatan untuk disiapkan berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Bagaimanap­un, Mahdzir turut memaklumka­n pergerakan yang terhad bukan sahaja dihadapi untuk sektor pembinaan, tetapi semua sektor yang ada di seluruh negara.

Semua ini keutamaan kami di KPLB bagi pembanguna­n di seluruh negeri ini bersesuaia­n dengan aspirasi

Keluarga Malaysia”

Mahdzir

 ?? ?? MAHDZIR (tengah) meninjau jalan raya kampung yang sedang dinaik taraf menjadi laluan konkrit ketika tinjauan di Kampung Pulau Penampang, baru-baru ini.
MAHDZIR (tengah) meninjau jalan raya kampung yang sedang dinaik taraf menjadi laluan konkrit ketika tinjauan di Kampung Pulau Penampang, baru-baru ini.
 ?? Quick Win ?? MAHDZIR beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Penyampaia­n Peralatan Kit di Dewan Kampung Petagas.
Quick Win MAHDZIR beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Penyampaia­n Peralatan Kit di Dewan Kampung Petagas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia