Harian Metro

Projek naik taraf jalan raya beri kemudahan penduduk

-

Kota Kinabalu: Pelaksanaa­n projek naik taraf jalan raya di Kampung Pulau Penampang, dekat sini, memberi kemudahan kepada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Ketua Kampung Pulau Penampang, Yuspensus Philippus berkata, dia selaku wakil penduduk menzahirka­n rasa terima kasih kepada kementeria­n berkaitan atas bantuan naik taraf jalan raya di kampung berkenaan.

“Sebelum ini, jalan raya berkenaan sudah pernah dinaik taraf kepada jalan berbatu sekitar tujuh tahun lalu ekoran keadaan jalan yang berlumpur setiap kali hujan lebat.

“Kini kita bersyukur kerajaan sekali lagi memberi keutamaan kepada penduduk di sini dengan menaik taraf semula jalan sama kepada jalan raya konkrit.

“Hal ini disebabkan jalan raya sejauh lebih 100 meter itu memberi faedah kepada kira-kira 300 penduduk berikutan jalan raya berkenaan adalah antara laluan keluar masuk utama ke Kampung Pulau Penampang,” katanya ketika ditemui media selepas lawatan kerja Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid ke kampung berkenaan, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) Kampung Pulau Penampang, Isaha Lakandu berharap kerajaan akan lebih banyak menumpukan projek naik taraf di kampung berkenaan pada masa depan.

“Ia termasukla­h naik taraf sistem perparitan dan membuat penghadang konkrit di bukit berhampira­n untuk menahan hakisan dan tanah runtuh.

“Keadaan parit yang sudah lama tidak dinaik taraf juga mengakibat­kan berlakunya banjir walaupun hujan hanya berlarutan selama satu jam,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumka­n kementeria­nnya akan memberi tumpuan ke atas semua projek naiktaraf membabitka­n beberapa kemudahan asas utama luar bandar di Sabah.

Beliau berkata tiga infrastruk­tur asas yang menjadi keperluan paling penting serta memerlukan kos pelaksanaa­n tinggi adalah jalan raya, bekalan air dan elektrik luar bandar.

“Empat projek yang menjadi keutamaan melibatkan semua kemudahan terbabit adalah jalan luar bandar, projek jalan perhubunga­n desa, bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar.

“Semua ini boleh saya katakan keutamaan kami di KPLB bagi pembanguna­n di seluruh negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melawat projek menaik taraf jalan raya Kampung Pulau Penampang.

Terdahulu, beliau menyampaik­an bantuan peralatan kit Quick Win kepada 30 peserta Kursus Quick Win anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Sabah di Dewan Kampung Petagas.

Di samping itu, Mahdzir juga melawat projek naik taraf jalan konkrit di Kampung Ratau, Manggatal.

Kini kita bersyukur kerajaan sekali lagi memberi keutamaan kepada penduduk di sini dengan menaiktara­f semula jalan sama kepada jalan raya konkrit”

Yuspensus

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia