Harian Metro

Sumbangan peralatan bantu luas perniagaan

-

Putatan: “Sebelum ini saya hanya guna peralatan memasak milik ibu mentua sekiranya ada tempahan kek atau kuih-muih secara kecil-kecilan.

“Dengan bantuan peralatan diberikan, saya bukan sahaja boleh meneruskan minat dalam bidang kulinari tetapi bercadang mahu meluaskan perniagaan makanan yang diusahakan bersama suami,” katanya penerima kit peralatan Quick Win, Cecillia Razali, 35.

Mula berniaga kecil-kecilan sejak tahun 2017, Cecilia berkata dia tidak menyangka dipilih menjadi salah seorang penerima bantuan berkenaan kerana niat asal hanya mahu menimba ilmu menerusi kursus kemahiran Quick Win dalam bidang masakan khususnya bakeri yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Cecilia yang kini turut membuka gerai menjual nasi lemak dan nasi kuning dengan aneka jenis lauk-pauk menyatakan bantuan seumpama itu dilihat mampu meringanka­n beban peniaga kecil dan sederhana termasukla­h suri rumah dan ibu tunggal untuk memiliki peralatan memasak sendiri.

“Kita sedar dan faham harga peralatan memasak seperti ketuhar elektrik dan mesin pengadun tidak murah malahan saya sendiri sebelum ini terpaksa meminjam peralatan kepunyaan ibu mentua.

“Bantuan ini juga secara tidak langsung dapat membantu individu memerlukan menjana pendapatan keluarga atau mengembang­kan lagi perniagaan yang sedang diusahakan penerima,” katanya merancang membuka sebuah restoran sebagai perancanga­n jangka masa panjang.

Seorang lagi penerima, Hida Yannie Masulin, 22, turut menyasarka­n untuk mengembang­kan perniagaan biskut serta kuih yang diusahakan­nya sejak dua tahun lalu.

“Perniagaan saya sekarang lebih tertumpu kepada menjual pelbagai jenis biskut dan kuih-muih tradisiona­l.

“Namun melihat bantuan peralatan diberikan, saya bercadang meluaskan lagi perniagaan untuk memasarkan aneka jenis roti dan bun pula selepas ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaia­n Peralatan Kit Quick Win di Dewan Kampung Petagas, baru-baru ini.

Turut hadir menyampaik­an sumbangan peralatan adalah Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Seramai 30 orang peserta Kursus Quick Win anjuran KEMAS Wilayah Sabah menerima bantuan peralatan masakan berasaskan pastri seperti ketuhar elektrik, mesin pengadun makanan dan meja keluli.

Sementara itu, Mahdzir berkata, pemilihan peserta Quick Win KEMAS adalah berdasarka­n kepada beberapa kriteria termasukla­h terdiri dari kumpulan B40 dan individu yang sudah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

 ?? ?? MAHDZIR (tiga dari kiri) melawat sebuah kilang getah di Tuaran.
MAHDZIR (tiga dari kiri) melawat sebuah kilang getah di Tuaran.
 ?? ?? CECILLIA
CECILLIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia