Harian Metro

Penduduk tempatan bakal jadi minoriti

-

Bayan Lepas:

“Bukan hendak mengeruhka­n keadaan, tetapi kita mahu selesaikan isu ini. Malah, komuniti di sini juga tidak menolak pembanguna­n.

“Cuma pembanguna­n (pembinaan asrama pekerja warga asing) yang dicadangka­n mestilah tidak mendatangk­an masalah pada masa akan datang.”

Itu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz, mewakili penduduk Teluk Kumbar dan Sungai Batu yang membantah cadangan pembinaan projek pembinaan asrama pekerja warga asing terbabit.

Katanya, penempatan lebih 43,000 pekerja warga asing itu adalah jumlah yang besar, sekali gus bakal merubah kawasan berkenaan menjadi bandar warga asing dan masyarakat tempatan pula akan menjadi golongan minoriti.

“Sebahagian besar penduduk di sini juga bukan berasal dari Pulau Pinang, tetapi rakyat tempatan dari negeri lain yang berhampira­n dan mereka adalah pekerja industri di sektor berkaitan.

“Sekiranya kawasan ini dipenuhi warga asing, sudah pasti mereka akan pulang ke negeri asal, sekali gus kita akan kehilangan tenaga kerja tempatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Azrul Mahathir berkata, sekiranya projek di Bagan Teluk Kumbar diluluskan, ia turut membabitka­n rizab pantai dan jeti nelayan serta kawasan nelayan menangkap ikan.

Katanya, kawasan berkenaan milik orang ramai beriadah dan melakukan aktiviti termasuk menjana sumber pendapatan serta tidak wajar ia ‘diserah’ kepada syarikat swasta bagi menempatka­n warga asing.

“Kita faham ia projek swasta yang memerlukan sokongan kerajaan negeri bagi memenuhi kehendak industri, namun kita tidak mahu pembinaann­ya menyebabka­n kita bergantung kepada warga asing.

“Keseluruha­n penduduk Teluk Kumbar dan Sungai Batu sekitar 30,000 dan menurut laporan daripada kerajaan negeri, kadar penganggur­an atau penduduk yang mencari pekerjaan adalah tidak ketara,” katanya.

Untuk rekod, Rabu lalu, Azrul Mahathir turut menyerahka­n memorandum bantahan bersama petisyen

Sekiranya kawasan ini dipenuhi warga asing, sudah pasti mereka akan pulang ke negeri asal, sekali gus kita akan kehilangan tenaga kerja tempatan”

Azrul Mahathir Aziz

mengandung­i lebih 1,800 tandatanga­n penduduk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Pada masa sama, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan mengkaji cadangan penduduk dengan lebih holistik mengenai cadangan pembinaan tiga asrama warga asing itu.

Kata Chow, cadangan projek berkenaan masih diperingka­t Zon Semula dan ia belum sampai ke peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mahupun kelulusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia