Harian Metro

LANDASAN TINGGAL 100 METER

- Oleh Ahmad Hasbi am@hmetro.com.my

Program gotong-royong ini dimulakan dengan membersihk­an kawasan laluan dari jambatan dan mengecat pagar lama kereta api yang terdapat di Jalan Rasah”

Shamaruddi­n Saidin

Landasan kereta api berusia lebih 100 tahun yang pernah digunakan untuk tujuan pengangkut­an bijih timah di Kampung Chedang di sini bakal menjadi satu lagi lokasi tarikan pelanconga­n di negeri ini kelak.

Difahamkan laluan kedua tertua di Malaysia selepas laluan kereta api Port Weld

(Kuala Sepetang) di Taiping, Perak itu kini hanya tinggal sepanjang 100 meter di kampung berkenaan dikenali sebagai Kampung Bakar Batu ketika itu.

Ketua Unit Pelanconga­n Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Shamaruddi­n Saidin berkata, lokasi pelanconga­n terbaharu itu dikenali sebagai Laluan Keretapi Bersejarah Rahang yang mula dibina pada 1891 akan dibuka kepada orang ramai bermula Januari depan.

“Umum ketahui, laluan kereta api Seremban-Port Dickson adalah laluan kedua di Malaysia selepas laluan Kuala Sepetang. Landasan ini adalah laluan yang bersejarah dan penting semasa era penjajahan British.

“Landasan ini menghubung­kan Seremban (Sungei Ujong) dan Port Dickson (Arang) serta menjadi pengangkut­an terpenting bagi aktiviti pelombonga­n biji timah, kopi, sutera serta getah sebelum di eksport ke Eropah ketika itu,” katanya, semalam.

Terdahulu beliau hadir pada program Gotong-Royong Rahang Historical Rail Tourism 2021 dianjurkan MBS bersama Pejabat Dun Rahang selain turut mendapat kerjasama sepenuhnya dari pihak SW Corp, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Perbadanan Aset Keretapi (RAC), pemimpin masyarakat dan orang awam.

Katanya, program itu disertai 70 peserta bertujuan membangunk­an produk pelanconga­n di kawasan itu yang mempunyai nilai sejarah tersendiri.

“Program gotong-royong ini dimulakan dengan membersihk­an kawasan laluan dari jambatan dan mengecat pagar lama kereta api yang terdapat di Jalan Rasah.

“Dalam pada itu, program gotong-royong yang diadakan ini berkonsepk­an Community Base Tourism dengan pembabitan masyarakat setempat yang turut memelihara dan memulihara khazanah warisan yang sedia ada,” katanya.

 ?? ?? PETUGAS MBS bersama sukarelawa­n melakukan kerja pembersiha­n persekitar­an laluan rel kereta api Seremban-Port Dickson yang dianggarka­n berusia lebih 100 tahun di Kampung Chedang, semalam. - Gambar Bernama
PETUGAS MBS bersama sukarelawa­n melakukan kerja pembersiha­n persekitar­an laluan rel kereta api Seremban-Port Dickson yang dianggarka­n berusia lebih 100 tahun di Kampung Chedang, semalam. - Gambar Bernama
 ?? ?? TAHUN yang tertera pada rel kereta api yang membuktika­n ia digunakan pada 1929 dianggarka­n berusia lebih 100 tahun di Kampung Chedang. Laluan berkenaan dibina pada 1891 menjadi laluan kedua di Malaysia selepas laluan Kuala Sepetang (Port Weld)-Taiping.
TAHUN yang tertera pada rel kereta api yang membuktika­n ia digunakan pada 1929 dianggarka­n berusia lebih 100 tahun di Kampung Chedang. Laluan berkenaan dibina pada 1891 menjadi laluan kedua di Malaysia selepas laluan Kuala Sepetang (Port Weld)-Taiping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia