Harian Metro

Kedai coklat terbesar di Lembah Klang

-

Kedai coklat terbesar di Lembah Klang, Souq Shoppe @ Putra Mosque menjadi tarikan terbaharu di Putrajaya dengan penampilan photo booth Reese’s dan Hershey’s gergasi yang pertama di Malaysia.

Konsep kedai coklat yang terletak di Masjid Putra, di sini, itu diilhamkan untuk memberi pengalaman baharu dan kegembiraa­n kepada pengunjung selain daripada membeli-belah.

Kedai seluas 11,000 meter persegi itu bukan sahaja menawarkan pelbagai coklat jenama tempatan dan antarabang­sa, tetapi memberi pengunjung peluang bergambar dalam alam fantasi dengan reka cipta dalaman yang dilengkapi lampu warna-warni dan struktur klasik.

Pengurus kanan DR Group Holdings Sdn Bhd, Mohd Shafiq Aswad Abd Rashid berkata, keunikan yang ditonjolka­n dalam kedai coklat itu menarik lebih 10,000 pengunjung dari seluruh negara sepanjang tiga hari sejak dibuka 15 Oktober lalu.

“Lokasi Putrajaya dipilih kerana sebelum pandemik Covid-19 pusat pentadbira­n ini menerima 100 hingga 140 bas pelancong sehari. Lagipun di sini tiada tempat yang khusus untuk pelancong membeli cendera hati untuk dibawa balik. Jadi, idea untuk membuka kedai coklat adalah ia menjadi pusat sehenti untuk pelancong beli-belah dalam suasana yang menggembir­akan,” katanya.

Mohd Shafiq berkata, ada tiga sudut bergambar disediakan di Souq Shoppe @ Putra Mosque iaitu di pintu masuk dan dalam kedai yang satu daripadany­a adalah Hershey’s Candy Machines yang pernah ditampilka­n di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

“Photo booth atau ruang bergambar itu bertujuan memberi pengalaman kepada pengunjung selari dengan slogan Souq Shoppe @ Putra Mosque iaitu experienti­al and enjoyable shopping. Selain itu, pencahayaa­n dan reka bentuk dalaman seperti lantai dan dinding lama bercorak Maghribi dikekalkan untuk memberi suasana berlainan kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, pelaburan RM5 juta itu akan membabitka­n dua fasa iaitu kedai coklat dan muzium yang dijangka siap Februari tahun depan.

 ?? ?? SOUQ Shoppe @ Putra Mosque kedai coklat terbesar di Lembah Klang dan tarikan terbaharu di Putrajaya dengan penampilan ‘photo booth’ Reese’s gergasi dan Hershey yang pertama di Malaysia.
SOUQ Shoppe @ Putra Mosque kedai coklat terbesar di Lembah Klang dan tarikan terbaharu di Putrajaya dengan penampilan ‘photo booth’ Reese’s gergasi dan Hershey yang pertama di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia