Harian Metro

Shuib nafi didekati selebriti wanita

-

Putrajaya:

Pelawak popular, Shuib menolak khabar angin mendakwa ada seorang selebriti cuba mendekati dirinya selepas pemergian isteri, Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkata, dia tidak tahu siapa wanita yang cuba mendekati dirinya dan menafikan dakwaan terbabit.

“Saya tak tahu langsung. Siapa ya? Allahuakba­r, saya tidak tahu. Sekarang memang tiada mana-mana wanita yang cuba mendekati saya.

“Kalau wanita yang saya kerap berhubung sekarang pun hanya dengan kak Nana ( pengurus),” katanya pada majlis Indigital Music Nite di D’Empangan Udang Galah di sini, kelmarin.

Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, dia tidak menolak jika suatu hati nanti dirinya dipertemuk­an jodoh dengan wanita terbaik, namun buat masa ini dia belum bersedia mencari pengganti.

“Bab jodoh ini saya tak berani nak cakap, tentu percaturan Allah SWT yang paling tepat. Saya tidak menolak jodoh sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya.

“Saya juga takkan cakap yang saya tidak akan berkahwin. Mungkin saya muda lagi, baru 37 tahun, anak ada empat orang. Sudah tentu mereka perlukan kasih seorang wanita. Namun, saya serahkan pada Allah mengenai masa depan, jodoh dan siapa yang saya akan berkawan.

“Kalau tanya saya fasal jodoh sekarang, saya belum bersedia lagi. Bukan apa, ada perasaan pelik yang timbul apabila memikirkan soal ini. Bukan saya takut, tetapi saya terfikir, apa perasaan dia di sana?” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut menjelaska­n sekiranya pintu hatinya terbuka untuk mengenali seseorang dia enggan wanita pilihannya itu mempunyai persamaan dengan allahyarha­m isterinya.

“Saya tak mahu ada persamaan sebab Sarah ada di kelas tersendiri. Cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan yang bukan untuk kepentinga­n peribadi saja, tapi untuk kepentinga­n anak dan keluarga,” katanya.

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Mereka dikurniaka­n empat cahaya mata.

 ?? ?? SHUIB
SHUIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia