Harian Metro

MULA-MULA KALA JENGKING

Gadis tunjuk keberanian sejak berumur lima tahun kini miliki puluhan haiwan eksotik

- Oleh Izad Thaqif Hassan am@hmetro.com.my

Sejak berusia lima tahun, Syazlin Hafisya Mohd Hasni ‘memburu’ haiwan berbisa iaitu anak kala jengking yang dicari di celahan batu berhampira­n rumahnya sebelum dikumpul dalam botol. Dia yang lebih selesa disapa sebagai Syazlin dan kini sudah berusia 20 tahun berkata, sejak kecil dia sangat berminat kepada haiwan berbisa.

“Selepas tahu minat saya, ayah menghadiah­kan ensikloped­ia tentang haiwan yang sehingga kini masih disimpan dan melalui pembacaan serta menonton program dokumentar­i ia menjadi inspirasi untuk saya terus mendalami ilmu tentang haiwan.

“Saya mula ‘jatuh cinta’ dengan haiwan eksotik dan mengumpul wang belanja sekolah untuk membeli iguana berharga RM280 enam tahun lalu,” katanya yang menjadikan Steve Irwin dan anak-anaknya sebagi inspirasi dan idola.

Menurutnya, Green Iguana diberi nama Izzy dibela sejak kecil dan kerana terlalu minat dia cuba mencari ilmu tentang habitat dan cara penjagaan haiwan eksotik terbabit di laman sesawang dan media sosial.

“Saya menceritak­an kepada ayah tentang haiwan eksotik lain dalam internet dan ayah tertarik sebelum membeli Red Iguana bernilai RM1,500,” katanya yang mengakui ibu, Salmiah Shaari, 47, mulanya tidak gemar dengan hobi mereka ketika.

Menurutnya, selain geli ibunya mendakwa perbuatan dan hobi mereka itu satu pembaziran namun ayah, Mohd Hasni Hassan, 53, menunjukka­n minat dengan merujuknya selain mula melayari laman sesawang dan media sosial untuk mempelajar­i ilmu tentang haiwan eksotik.

“Selepas setiap hari melihat kami bersama haiwan eksotik di rumah, perasaan gelinya (ibu) hilang dan ayah serta saya mula mengajar cara menjaga dan mendekati haiwan terbabit membuatkan ibu juga menunjukka­n minat dengan hobi ini,” katanya yang ditemui di Taman Selasih di sini.

Bermula daripada hanya beberapa ekor, kini tiga beranak terbabit mempunyai koleksi 23 haiwan eksotik dibeli dengan harga serendah RM40 hingga mencecah RM1,500 dan nilai semua koleksi haiwan berkenaan mencecah hampir RM14,000.

 ?? ?? SYAZLIN (kiri) bersama ibu dan ayahnya menunjukka­n haiwan eksotik yang dimiliki.
SYAZLIN mencari ilmu penjagaan haiwan eksotik di laman sesawang dan media sosial.
SYAZLIN (kiri) bersama ibu dan ayahnya menunjukka­n haiwan eksotik yang dimiliki. SYAZLIN mencari ilmu penjagaan haiwan eksotik di laman sesawang dan media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia