Harian Metro

‘KERJA GILA’ BIKIN WANG

Kerjaya pelik kekal wujud di seluruh dunia demi kelangsung­an hidup

-

Ramai antara kita mengeluh tentang pekerjaan yang sukar, membosanka­n atau pendapatan yang tidak cukup lumayan.

Barangkali kita akan lebih bersyukur dan menghargai pekerjaan sekarang kerana rupanya banyak kerja gila atau unik yang sanggup dilakukan individu di dunia demi kelangsung­an hidup.

Berikut beberapa pekerjaan ‘gila’ yang tidak pernah terjangkau dek fikiran kita namun wujud di luar sana seperti disenaraik­an dalam portal India Times.

1. Teman lelaki upahan

Di Tokyo, Jepun, jika seseorang itu kaya, tetapi tiada pasangan dan memerlukan teman, individu itu boleh menyewa teman lelaki dengan bayaran tertentu.

2. Tukang tolak penumpang

Mereka ini ini diupah untuk menolak penumpang masuk ke dalam tren di stesen tren di Jepun supaya trip perjalanan tidak tertangguh dan bergerak pada masa yang dijadualka­n.

3. Tukang tidur profesiona­l

Individu ini dibayar lumayan untuk tidur untuk membolehka­n doktor dan saintis membuat kajian ke atas otak dan aktiviti ketika badan manusia berehat.

4. Berdiri dalam barisan

Pekerja bebas ini dikenali sebagai Narabiya di Jepun diupah untuk berdiri dalam barisan bagi menggantik­an individu yang tidak mahu membuang masa untuk beratur.

5. Tetamu majlis perkahwina­n

Peluang cerah untuk mendapatka­n pekerjaan ini jika seseorang pernah makan di majlis perkahwina­n orang tanpa jemputan.

6. Penguji gelongsor air

Kerja ini memerlukan seseorang itu menguji gelongsor air di taman tema. Ia boleh memberi pendapatan yang lumayan.

7. Penguji deodoran

Kerja ini memerlukan seseorang memiliki hati dan deria bau kuat kerana mereka perlu mencium ketiak untuk mengetahui keberkesan­an produk deodoran.

8. Perenjat elektrik

Kerja diperlukan di Mexico untuk memberi renjatan elektrik bagi menyedarka­n individu mabuk di jalanan.

9. Pengesan jantina anak ayam

Jika seseorang itu pakar menelek jantina anak ayam, mereka diperlukan untuk tugas ini. Ia kerana penternak gemar membela ayam betina untuk ditelurkan dan dibiakkan.

10. Penyekat kenderaan

Di Tehran, Iran kerja ini diperlukan untuk melindungi plat kenderaan bagi mengelak dikesan kerana negara itu hanya membenarka­n laluan untuk plat kenderaan bernombor genap saja sehari. Ia berganti sebaliknya pada keesokanny­a bagi membendung kesesakan trafik.

11. Menangis di majlis pengebumia­n

Kerja ini muncul di Perancis dan makin lenyap pada tahun 2015 namun dilaporkan masih ada di China untuk upacara pengebumia­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia