Harian Metro

ATLET MAUT DIPENGGAL

Wakil bola tampar pasukan remaja perempuan Afghanista­n jadi mangsa Taliban

-

Atlet bola tampar pasukan remaja perempuan Afghanista­n, Mahjabin Hakimi didakwa maut dipenggal pejuang Taliban, awal bulan ini.

Imej mengerikan leher atlet itu yang terputus tular di media sosial Afghanista­n.

Seorang daripada jurulatihn­ya dalam satu wawancara bersama Persian Independen­t mendedahka­n keluarga mangsa terpaksa merahsiaka­n kematian remaja itu yang dibunuh awal Oktober lalu akibat diugut Taliban.

Menurut jurulatih yang hanya mahu dikenali sebagai Suraya Afzali, semua pemain lain berada dalam risiko.

Katanya, ia kerana hanya hanya dua daripada rakan pasukan Mahjabin termasuk dalam puluhan atlet wanita yang berjaya melarikan diri dari Afghanista­nsejak Taliban menguasai kembali negara itu pada Ogos lalu.

“Semua pemain dalam pasukan bola tampar dan seluruh atlet wanita dalam situasi teruk, putus asa dan ketakutan.

“Setiap orang terpaksa melarikan diri dan tinggal di tempat yang tidak diketahui,” katanya seperti dipetik New York Post.

Namun, laporan lain menyebut insiden itu berlaku lebih awal dengan bukti kematian yang menunjukka­n remaja itu dibunuh pada 13 Ogos pada hari terakhir, sebelum Taliban berjaya menguasai Kabul.

Bagaimanap­un, Pusat Kewartawan­an Penyiasata­n Payk berkata, sumbernya mengesahka­n, Mahjabin dipercayai ‘dipenggal’ Taliban di Kabul.

Sehingga kini, kerajaan masih belum memberikan sebarang kenyataan.

Sementara itu, Persekutua­n Bola Tampar Antarabang­sa (FIVB) memberitah­u Inside The Games, pihaknya mengambil maklum laporan pembunuhan atlet terbabit dan sedang mendapatka­n pengesahan segera isu terbabit.

“Buat masa ini tiada lagi kenyataan akan dikeluarka­n demi keselamata­n dan kesejahter­aan seluruh komuniti bola tampar yang menjadi kebimbanga­n utama kami,” katanya.

Mahjabin antara pemain terbaik dalam Kelab Bola Tampar Perbandara­n Kabul. - Agensi

 ?? ?? MAHJABIN dilaporkan dipenggal Taliban.
MAHJABIN
MAHJABIN dilaporkan dipenggal Taliban. MAHJABIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia