Harian Metro

GAMBARAN DIRI MEZZALUNA

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kian menempa nama dalam industri muzik serantau, laluan penyanyi Indonesia, Mezzaluna nampak mudah.

Lebih-lebih lagi dia anak kepada pemain dram kumpulan rock legenda Indonesia, Slank iaitu BimBim.

Sesetengah penyanyi mungkin ralat apabila namanya dibayangi populariti anggota keluarga. Hakikatnya, ada yang cuba berahsia dan enggan identiti terdedah memiliki kaitan sedemikian.

Mezzaluna atau nama sebenarnya Jaya Mezzaluna Bungari, 20, sendiri mengakui timbul kerisauan itu pada mulanya. Namun, dia memutuskan untuk memanfaatk­an kelebihan itu.

"Semestinya timbul juga keraguan sekiranya perjalanan muzik saya akan dibayangi populariti bapa (BimBim). Bagaimanap­un, keluarga mengajar saja agar menerimany­a sebagai keistimewa­an.

"Mereka beritahu bahawa ia adalah sebuah kelebihan yang dianugerah­kan kepada saya. Justeru, lebih baik saya gunakan sebaik mungkin untuk tujuan yang murni," katanya.

Walaupun sudah didedahkan dengan muzik sejak kecil, Mezzaluna hanya mula menulis lagu pada usia 15 tahun. Dalam tempoh itu, dia bekerja keras mencari hala tuju paling tepat untuk muziknya.

Menurutnya, dia belajar bahawa setiap karya yang dihasilkan pasti berbeza prosesnya. Dia akui ada masa dirinya terjerat antara pasti atau tidak sama ada lagu ditulis cukup bagus mahupun kurang memuaskan.

"Untuk mendapatka­n hala tuju lagu yang tepat, ia bergantung. Ada masanya, saya sudah boleh bayangkan bagaimana hasil akhir lagu itu.

"Tapi, ada masanya ia mengambil masa agak lama. Ia kerana saya cuma boleh pastikan lagu itu yang terbaik selepas timbul rasa tersentuh apabila mendengarn­ya," katanya.

Memilih untuk menjadi penulis dan penyanyi lagu sendiri, Mezzaluna memiliki kelebihan serlah identiti diri. Semestinya dia lebih arif mengenai kelebihan sendiri untuk diserlahka­n dalam karyanya.

Pada masa sama, dia masih perlu bersaing dengan ramai penulis dan penyanyi lain. Jika lagu dihasilkan mengikut halwa telinga pendengar terkini, semestinya akan timbul perbanding­an.

Mezzaluna bagaimanap­un

Lagu In Situ itu sendiri datangnya daripada pengalaman diri. Saya bukan jenis yang terbuka apabila bercerita mengenai diri. Justeru, ibu cadangkan lebih baik saya coretkan perasaan dalam hati MEZZALUNA

enggan melihatnya daripada sudut negatif sekiranya dia dibandingk­an dengan penyanyi lain. Baginya, ia normal dan perlu bersyukur jika ia berlaku.

"Memang akan sentiasa timbul isu perbanding­an dalam apa juga yang kita lakukan. Asalkan, kita kena ada pendirian serta keunikan, saya tak rasa tersinggun­g pun.

"Sebaliknya jika memikirkan ia secara menyeluruh, kadang-kadang perbanding­an sebenarnya membuatkan saya rasa terharu. Apabila mereka berbuat begitu, bermaksud mereka memang ambil serius terhadap muzik saya," katanya.

Sebagai pengenalan, Mezzaluna turut melancarka­n lagu tulisan sendiri berjudul In Situ barubaru ini. Yang pasti, lagu itu cukup membawa makna besar dalam dirinya.

Bukan hanya kerana lagu itu pertaruhan sulung, namun maksud dalam bait liriknya cukup mendalam. Katanya, dia benar-benar inginkan pendengar terkesan dengan mesej terbabit.

"Ia memang sangatsang­at istimewa buat saya. Ini kerana lagu itu menggambar­kan diri sebenar dan jenis muzik yang saya mahu kongsikan di luar sana.

"Saya harap pendengar akan dapat inspirasi besar daripada lagu itu. Semoga mereka dapat mengubah situasi buruk dalam hidup kepada perkara positif seperti dalam seni, muzik dan sebagainya," katanya.

Ekspresi diri dalam muzik

Apabila menyentuh mengenai keperibadi­an, Mezzaluna bukanlah seorang yang cukup terbuka mengenai dirinya. Oleh itu, dia gunakan muzik untuk layarkan ekspresi dirinya.

"Lagu In Situ itu sendiri datangnya daripada pengalaman diri. Saya bukan jenis yang terbuka apabila bercerita mengenai diri. Justeru, ibu cadangkan lebih baik saya coretkan perasaan dalam hati.

"Saya jadi lebih jujur dengan cara begitu dan dari situlah saya terinspira­si untuk menulis lagu sendiri. Walaupun tidak terbuka dengan orang, saya dapat rasakannya menerusi ekspresi dalam lagu," katanya.

Paling Mezzaluna bersyukur adalah situasi pandemik Covid-19 sebenarnya mencetus kreativiti­nya menulis lagu. Berkurung di rumah membuatkan dia lebih mengenal kehidupan selain mencabar diri.

"Saya mula serius menulis lagu sewaktu pandemik dan memang ada hikmah terhadap semua yang berlaku. Saya belajar bahawa tidak kira apa situasi dihadapi, kita kena keluar dari zon selesa.

"Saya juga belajar bagaimana mahu mendakap kehidupan dengan lebih erat lagi. Dengan cara begitu, inspirasi saya untuk hasilkan lagu lebih luas merangkumi pelbagai hal," katanya.

Mezzaluna menjadi antara penyanyi pertama yang bertuah dinaungi label OFFMUTE di bawah Sony Music Entertainm­ent. Corak nyanyianny­a yang sarat dengan permainan jiwa menjadi kekuatan utama.

 ?? ?? MEZZALUNA anggap populariti bapanya BimBim satu kelebihan buat dirinya.
MEZZALUNA anggap populariti bapanya BimBim satu kelebihan buat dirinya.
 ?? ?? TAMPIL dengan lagu baharu berjudul In Situ hasil pengalaman peribadiny­a.
TAMPIL dengan lagu baharu berjudul In Situ hasil pengalaman peribadiny­a.
 ?? ?? MEZZALUNA bersama bapanya, BimBim yang juga pemain dram Slank.
MEZZALUNA bersama bapanya, BimBim yang juga pemain dram Slank.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia