Harian Metro

MUAZ CUBA WATAK LASAK

Bawa kelainan menerusi filem Inflakasta malah diduga dengan kemalangan ketika penggambar­an

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com

Jika sebelum ini, nama dan wajah pelakon, Muaz Fitri menghiasi kaca TV menerusi watak dalam drama serta membawa watak jahat, kini dia memilih hala tuju berbeza.

Bagi menampilka­n kelainan dan pada masa sama ingin menyajikan kepelbagai­an dalam kemampuan lakonannya, Muaz kini cuba beralih arah dengan melakonkan watak aksi.

Terbaharu, Muaz kini menjalani penggambar­an untuk filem pendek berjudul Inflakasta.

“Kalau dilihat daripada transisi karier lakonan saya, saya dah cuba melakonkan watak dalam drama dan ada beberapa watak jahat. Kali ini saya ingin tampilkan sedikit kelainan.

“Untuk menambah kepelbagai­an dalam lakonan, saya terima tawaran untuk berlakon watak aksi seperti dalam filem pendek ini,” katanya.

Selain mencabar kemampuan diri dan kebolehan sebagai pelakon, Muaz juga ingin mencuba watak lain yang lari jauh daripada kebiasaan dirinya.

“Saya suka mencabar kemampuan lakonan saya bagi meneroka pelbagai skil baharu. Selain aksi, mungkin pada masa akan datang, saya nak cuba watak komedi,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya menjayakan karya bergenre aksi itu, Muaz juga diduga dengan ujian kecil apabila berdepan kecederaan ketika penggambar­an berlangsun­g.

“Ketika menjalani penggambar­an Inflakasta, berlaku sedikit kemalangan kecil menyebabka­n saya cedera di buku lali.

“Doktor maklumkan ligamen kaki saya terkoyak, namun tidak terlalu serius. Apa-apa pun, itu semua adalah pengalaman buat saya memandangk­an hampir semua pelakon dalam filem itu melakukan sendiri aksi pertarunga­n,” katanya.

Selain Muaz, Inflakasta turut dibintangi Daniel Lim Santoso dan Nadeera Zaini.

Selain Inflakasta, Muaz kini menjalani penggambar­an drama berjudul Cinta Yang Tertangguh dan akan memulakan penggambar­an satu lagi drama aksi berjudul Kalis Peluru.

 ?? ?? MUZA tampil kelainan dengan watak aksi.
MUZA tampil kelainan dengan watak aksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia