Harian Metro

CROSSOVER ELEKTRIK

Porsche Taycan Cross Turismo buat yang berjiwa lasak

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Selepas pengenalan rangkaian barisan model salun sport Taycan yang juga kenderaan elektrik (EV) pertama untuk Porsche kini ditawarkan pula varian Kenderaan Utiliti Cross (CUV) menerusi Taycan Cross Turismo.

Ia dijana elektrik sepenuhnya dengan teknologi pengecasan pantas 800 voltan yang datang dengan ruang yang lebih fleksibel dan praktikal.

Kenderaan pacuan semua roda dengan casis berteknolo­gi tinggi ini sesuai buat mereka yang lasak dan aktif.

Ia dilengkapi suspensi udara adaptif mod Gravel baharu membolehka­n ia menempuhi jalan raya atau tidak berturap dengan baik.

Jarakkeleg­aanjalan Taycan Cross Turismo juga 20 milimeter (mm) lebih tinggi berbanding model Taycan lain dan menerusi pilihan pakej off-road design, ia boleh ditingkatk­an sehingga 30mm.

Pelindung aluminium khusus pada hadapan, sisi selain bampar hadapan dan belakang membantu melindungi kerangka kenderaan daripada terkena batu.

Ruang kabin juga fleksibel malah kapasiti ruang simpanan boleh ditingkatk­an sehingga 1,200 liter jika kerusi belakang direbahkan.

Pintu kargo bukaan luas juga memudahkan kemasukan dan mengeluark­an barangan.

Tiga varian ditawarkan iaitu Taycan 4 Cross Turismo. Ia datang dengan kuasa 380 PS sehingga 476 PS (kuasa overboost Launch Control).

Ia boleh memecut daripada 0 sehingga 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 5.1 saat selain kelajuan maksimum 220 km/j dan jarak perjalanan bateri elektrik 437km.

Untuk Taycan 4S Cross Turismo, ia dikuasakan dengan 490 PS sehingga

571 PS (kuasa overboost Launch Control), 0 ke 100 km/j dalam tempoh 4.1 saat, kelajuan maksimum 240 km/j dan jarak perjalanan bateri elektrik 436km.

Taycan Turbo Cross Turismo pula dengan kuasa 625 PS sehingga 680 PS (kuasa overboost Launch Control) boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam tempoh 3.3 saat, kelajuan maksimum 250 km/j dan jarak perjalanan bateri elektrik 425km.

Untuk pasaran Malaysia, Taycan 4

Cross Turismo dijual pada harga RM645,209, Taycan 4S Cross Turismo (RM728,727) dan Taycan Turbo Cross Turismo (RM968,928).

 ?? ?? TAYCAN Cross Turismo.
CIRI kenderaan CUV elektrik.
KABIN ciri teknologi tinggi.
RUANG belakang lebih praktikal.
TAYCAN Cross Turismo. CIRI kenderaan CUV elektrik. KABIN ciri teknologi tinggi. RUANG belakang lebih praktikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia