Harian Metro

KEPUASAN USAHAWAN TANI CILI FERTIGASI

Timba ilmu daripada pelbagai kursus, musim tanaman pertama mampu raih perolehan RM120,000

- Oleh Hafiz Ithnin hafiziithn­in@mediaprima. com.my

“Prinsip saya, dalam menjadi usahawan tani ialah segala-galanya tunai dan tidak mahu berhutang,” kata usahawan tani berusia 29 tahun ini.

Tatkala penulis bertanya kepadanya mengenai modal permulaan memulakan perniagaan itu, katanya, ia adalah simpanan daripada pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) ketika dia masih menuntut di Univerisit­i Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

Muhamad Faizul Azimi Mamat kini mempunyai 5,500 polibeg (beg semaian) tanaman cili fertigasi yang diusahakan di tanah seluas 0.6 hektar (satu setengah ekar) di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Faizul berkata, daripada hasil simpanan wang PTPTN itu dia mula menjadikan­nya sebagai wang modal membeli lembu dan selepas tiga tahun menjadi usahawan penternaka­n, wang keuntungan yang diraih dijadikan modal untuk menyertai bidang pertanian cili fertigasi pada 2019.

Dia juga sudah melangsaik­an pembiayaan PTPTN pada penghujung 2020.

“Ketika saya maklumkan kepada ahli keluarga dan mereka yang berpengala­man di dalam tanaman cili fertigasi untuk mempunyai 4,000 polibeg, mereka kata saya gila kerana begitu berani mengambil risiko.

“Tanaman cili fertigasi ini bukan sesuatu yang senang kerana ia memerlukan penjagaan yang rapi dan mudah mendapat serangan serangga perosak. Maka, disebabkan itu, ramai tidak berani mengambil risiko untuk mula secara berskala besar,” katanya.

Katanya, hasil mengikuti pelbagai kursus dalam bidang pertanian itu selama enam bulan, dia mencabar diri untuk meneruskan hasrat melaksanak­annya.

“Syukur, musim tanaman pertama saya pada 2019 menjadi dengan meraih perolehan RM120,000. Saya amalkan cara penjagaan hasil menimba ilmu daripada pelbagai kursus itu dan mengamalka­n penjagaan dengan betul seperti kawalan air, baja serta racun yang betul,” katanya.

Jelasnya, tanaman cili secara fertigasi adalah konsep tanaman yang menggunaka­n teknologi kawalan baja, air dan baja secara automatik.

“Kualiti air seperti tahap keasidan (pH) perlulah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan air itu boleh digunakan. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman cili antara 5.5 hingga 6.5.

“Nilai pH dapat ditentukan dengan meter pH atau menggunaka­n kertas litmus. Penggunaan air paip sangat sesuai dengan mengambil kira penambahan kepada kos utiliti. Tapak projek perlu diratakan supaya aliran air baja yang diberikan kepada pokok adalah sama,” katanya.

Katanya, tanaman cili secara fertigasi memerlukan modal yang agak besar kerana untuk 4,000 polibeg dia mengeluark­an RM80,000 modal.

“Apabila menyertai tanaman cili dengan cara ini, kita tidak memerlukan tenaga

buruh yang ramai kerana cara penjagaann­ya secara automatik.

“Jika menggunaka­n tenaga buruh pun, hanya untuk proses seperti ganti dan tukar pokok yang rosak, membuang daun pada buah dan mengikat pokok,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cabaran tanaman itu, katanya, perkara pertama ialah cuaca kerana jika keadaan sentiasa hujan pokok cili mudah rosak.

“Keduanya, jika berlaku kejatuhan harga jualan contohnya pada tahun lalu harga turun menjunam kepada RM1.50 sekilogram berbanding harga biasanya antara

RM7 ke RM10 sekilogram. Namun, kini harganya kembali stabil,” katanya.

Katanya, cili yang ditanam secara fertigasi mengambil masa matang antara 65 hingga 75 hari. Dia ada pekerja tetap yang hanya mengambil masa empat jam berada di kebun.

“Daripada segi tenaga buruh, mereka tidak diperlukan setiap hari kerana hanya perlu ada tiga hingga empat orang sahaja untuk membuang daun pokok dan mengikat pokok. Pekerja juga adalah separuh masa.

“Untuk proses memetik buah saja memerlukan ramai pekerja iaitu 10 hingga 11 orang yang dibayar 70 sen sekilogram,” katanya.

Sejak mengusahak­an tanaman itu, petani muda ini sudah memasuki musim keempat tanaman cili yang kini hanya menunggu musim menuai.

Ditanya mengenai jenis baja yang digunakan,

Faizul berkata, dia menggunaka­n baja campuran jenis AB dan racun jenis kimia yang digunakan secara terkawal.

“Selain daripada teknologi fertigasi itu sendiri, saya perlu bijak mengawal perbelanja­an dari segi medium di dalam polibeg yang menggunaka­n sabut kelapa hancur,” katanya.

Katanya, perkara utama yang dititikber­atkan untuk mengusahak­an tanaman itu ialah usahawan atau petani perlu bijak mengawal perbelanja­an dan tidak menjadikan perolehan yang diraih sebagai modal untuk musim seterusnya.

“Wang kecemasan perlu ada kerana kita tidak tahu cabaran pada masa depan seperti kejatuhan harga pasaran dan kerosakan pokok kerana cuaca,” katanya yang meraih 16 hingga 20 tan cili semusim.

Katanya, mengusahak­an tanaman itu suatu kepuasan dan mempunyai berpotensi besar untuk diluaskan pada masa depan.

“Sebenarnya apabila kita sudah biasa ‘bermain’ dalam bidang ini, ia tidak perlu mengotorka­n tangan dengan tanah kerana perkara yang paling penting ialah menyusun strategi.

“Selain itu, saya gembira apabila keuntungan dapat dikongsi bukan sahaja dengan ahli keluarga, tetapi masyarakat setempat untuk lebih diberkati,” katanya.

Tanaman cili fertigasi ini bukan sesuatu yang senang kerana ia memerlukan penjagaan rapi dan mudah mendapat serangan serangga perosak sebab itu ramai tidak berani ambil risiko untuk mula secara berskala besar

FAIZUL

 ?? FOTO IHSAN MUHAMAD FAIZUL AZIMI MAMAT ?? PROSES memetik cili.
FOTO IHSAN MUHAMAD FAIZUL AZIMI MAMAT PROSES memetik cili.
 ?? ?? POKOK berusia 65 hari menunggu tempoh matang.
POKOK berusia 65 hari menunggu tempoh matang.
 ?? ?? HASIL tuaian yang sedia untuk dipasarkan.
HASIL tuaian yang sedia untuk dipasarkan.
 ?? ?? HASIL tuaian yang sedia untuk dipasarkan.
HASIL tuaian yang sedia untuk dipasarkan.
 ?? ?? PEKERJA melakukan proses membuang tunas air dan daun.
PEKERJA melakukan proses membuang tunas air dan daun.
 ?? ?? POKOK berusia 80 hari yang sedia untuk dituai.
POKOK berusia 80 hari yang sedia untuk dituai.
 ?? ?? FAIZUL bersama hasil tuaian.
FAIZUL bersama hasil tuaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia