Harian Metro

KDA FC beri peluang pada pemain muda

-

Alor Setar: Sasaran Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk memberi lebih banyak pendedahan dan meningkatk­an tahap kecergasan dalam kalangan pemain mudanya tercapai selepas mengharung­i tiga perlawanan persahabat­an bermula 15 Oktober hingga 20 Oktober lalu.

Menurut ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak, tiga aksi menentang skuad Projek FAM-MSN yang berkesudah­an 0-0, skuad B-22 kebangsaan (0-2) dan diikuti Perak FC (2-2) membuka peluang buat pemain muda dan barisan simpananny­a meningkatk­an lagi tahap permainan yang mereka perlukan.

“Kami cuba dapatkan peningkata­n dari aspek tahap kecergasan dan minit permainan kepada pemain yang sebelum ini kurang beraksi selain mencuba ‘Pelan B’ dalam aksi semasa, dengan ketiadaan pemain import seperti Rabih Ataya dan Kpah Sherman serta pemain tempatan Rizal Ghazali bersama pasukan.

“Faktor inilah yang kita akan lihat dengan lebih mendalam dan saya nampak pemain yang diberi peluang menunjukka­n kombinasi dan keyakinan yang baik seperti dirancang,” katanya.

Aidil juga berkata, terdapat jurang perbezaan pemain mudanya yang sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif berbanding pemain muda skuad Bawah 22 tahun negara.

“Kita boleh lihat perbezaan memandangk­an pemain muda Kedah terutama dari skuad Piala Presiden tidak beraksi hampir dua tahun namun kita beri mereka peluang dan saya lihat ada beberapa pemain yang bersedia untuk skuad utama nanti.

“Saya cuba menggabung­kan beberapa pemain berbeza secara mix and match untuk melihat tahap kemampuan masing-masing di barisan serangan terutama apabila berdepan skuad B-22 negara yang dilihat memiliki keupayaan serta memberi pengalaman berguna untuk pemain kami.

“Kita boleh nampak barisan pemain B-22 negara seperti Hakimi Abdullah, Nik Akif, Luqman Hakim, Quentin Cheng dan ramai pemain yang bagus. Jika dibandingk­an dengan pasukan kita yang dibarisi pemain skuad Presiden, akan nampak jauh beza namun secara keseluruha­n saya berpuas hati kerana mereka telah mencuba dengan baik serta mengambil peluang terbaik dalam semua perlawanan yang kami lalui,” katanya.

Aidil juga berpuashat­i dengan usaha ditunjukka­n barisan pemainnya yang lain walaupun tidak turun dengan kekuatan penuh serta tanpa beberapa tonggak utama selepas melengkapk­an perlawanan persahabat­an terakhir menentang Perak FC kelmarin.

Antara pemain muda KDA FC yang diberi peluang beraksi pada perlawanan persahabat­an ialah Muhamad Kamil Akmal, Muhammad Zhafir, Fikhri Zulkiflee, Ammar Akhmall, Fareez Amirul, dan Heshamuddi­n Ahmad.

 ?? ?? AIDIL
AIDIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia