Harian Metro

Dialog kotaraya

PM baharu mengingatk­an rakyat bersiap sedia menghadapi kesusahan untuk dua bulan lagi susulan krisis kewangan yang belum pernah berlaku

- Oleh juragan

Di saat negara kita menyambut Aidilfitri dalam keadaan meriah selepas ‘tertangguh’ selama dua tahun, Sri Lanka yang sebahagian besar pendudukny­a beragama Buddha menyambut Hari Wesak dalam keadaan agak suram. Minggu sebelum perayaan Wesak, kerajaan Sri Lanka melaksanak­an perintah berkurung selepas pertempura­n dengan kumpulan antikeraja­an mengorbank­an sembilan orang.

Lebih sebulan protes yang didominasi secara aman terhadap kerajaan bertukar ganas minggu ini selepas penyokong bekas Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa menyerbu kem protes antikeraja­an di Colombo, membakar khemah dan bertempur dengan penunjuk perasaan.

Pertembung­an awal dan tindak balas terhadap tokoh kerajaan juga menyebabka­n lebih 300 cedera.

Perintah berkurung 24 jam yang dikenakan pada Isnin telah ditarik balik selama beberapa jam pada Khamis dan Jumaat untuk membolehka­n pembelian bekalan penting dan persediaan menyambut Hari Wesak.

Bagaimanap­un, perayaan berkenaan disambut dalam keadaan serba sederhana dengan tunjuk perasaan terus berlangsun­g mendesak kerajaan mengambil tindakan pantas menangani masalah ekonomi.

Antara masalah yang perlu dihadapi rakyat Sri Lanka ketika ini adalah kekurangan bekalan elektrik dan petrol yang menyebabka­n mereka terpaksa beratur panjang untuk mendapatka­n keperluan berkenaan.

Daily Mirror Sri Lanka melaporkan, tinjauan yang dilakukan di stesen minyak menyaksika­n kekurangan bahan api menyebabka­n rakyat terseksa.

Ketika wartawanny­a tiba di stesen berkenaan sekitar jam 4.30 petang, seorang pengguna Chamila Fernando, ibu kepada dua anak, telah beratur sejak jam 6.30 pagi.

Katanya, dia terpaksa memohon cuti semata-mata untuk beratur panjang bagi mengisi minyak kenderaann­ya dan tidak dapat pergi ke tandas kerana enggan meninggalk­an barisan itu.

Menurutnya, dia takut memikirkan masa depan anak-anaknya sekiranya keadaan seperti ini berlarutan.

Bagi Sameera Siriwardan­a, seorang pengurus jualan sebuah syarikat swasta terkenal di Colombo, mengeluh kerana namanya diletakkan di dalam senarai ‘tiada gaji’ dan menghabisk­an banyak masa mudanya beratur panjang untuk mendapatka­n bahan api.

Katanya, dia tidak boleh menggunaka­n bas untuk ke pejabat kerana tinggal jauh dari jalan besar. Malah, mengambil tuk tuk juga akan menelan kos sekitar Rs350 untuk perjalanan sehala.

Menurutnya, tanpa motosikal,

 ?? ??
 ?? ?? RANIL Wickremesi­nghe
RANIL Wickremesi­nghe
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia