Harian Metro

Malaysia sedia perkasa teknologi AI dalam kerjaya masa depan

-

Kuala Lumpur: Hampir 70 peratus daripada jumlah pelaburan diluluskan RM225 bilion Malaysia adalah dalam ekonomi digital, kata Menteri Pelaburan, Perdaganga­n dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam wawancara oleh rangkaian berita berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS), CNN, baru-baru ini, beliau menjelaska­n, Malaysia ada faktor berjaya memperkasa­kan kecerdasan buatan (AI) dan membawa keseluruha­n ekosistem ke dalam negara.

“Kami ada kilang AI, itu yang kami gelar pada masa ini bukan pusat data, malah kami menerima lawatan daripada Nvidia Corporatio­n, syarikat teknologi multinasio­nal berpangkal­an di AS, yang mengumumka­n minat meneroka Malaysia dengan syarikat lain untuk menyokong kemajuan AI.

“Ini kerana AI membawa peningkata­n produktivi­ti,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, terdapat kebimbanga­n secara umum mengenai kesan AI terhadap masyarakat, namun tidak dapat dinafikan AI membawa kualiti hidup lebih baik dengan membolehka­n semua jenis profesion melakukan kerja mereka lebih cekap.

“Pekerjaan masa hadapan mungkin sangat berbeza memandangk­an wujud kemajuan dalam teknologi, terutama AI generatif.

“Berasaskan AI, banyak fungsi kerja lain terbabit. Jadi, kita perlu beri kemahiran baharu dan kemahiran tambahan (kepada pekerja) supaya bersedia untuk pekerjaan baharu pada masa hadapan,” katanya.

Disember lalu, Nvidia menyatakan kesediaan menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi antara 20 negara teratas dalam teknologi AI dan bersetuju membantu membangunk­an ekosistem AI negara dari segi membina pusat kecemerlan­gan bagi memudahkan pembelajar­an dan penyelidik­an AI, termasuk membina sistem pengkomput­eran awan AI Malaysia sendiri.

Mengenai cadangan beberapa bentuk kenaikan gaji minimum menyeluruh di semua negara Asean, Tengku Zafrul menekankan pentingnya memastikan gaji meningkat.

“Jika anda melihat asas ekonomi Malaysia, inflasi kami berada pada tahap boleh urus. Kadar inflasi pada 2023 adalah 2.5 peratus dan penganggur­an terus rendah pada 3.3 peratus.

“Berdasarka­n asas ini, kita mesti memastikan apa-apa kenaikan gaji berkait peningkata­n produktivi­ti dan sebab itu saya menekankan pelaburan dalam ekonomi hijau dan ekonomi digital kerana ia meningkatk­an kekompleks­an ekonomi sesebuah negara dan industriny­a,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia