Harian Metro

Hampiri suku akhir

Mbappe, Barcola beri PSG kelebihan

- AFP

Kylian Mbappe menjaringk­an gol pembukaan ketika Paris Saint-Germain (PSG) mengorak langkah besar untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Real Sociedad pada aksi pertama pusingan 16 terakhir, semalam.

Persembaha­n separuh masa pertama PSG yang biasa-biasa saja di Parc des Princes mungkin mula mencetuska­n rasa bimbang penyokong mereka kerana kelab itu sering berdepan kekecewaan apabila beraksi di pusingan kalah mati di Liga Juara-Juara.

Tetapi Mbappe, yang dijangka meninggalk­an kelab pada penghujung musim ini apabila kontraknya tamat, memecah kebuntuan menerusi gol dari jarak dekat pada minit ke-58.

Bradley Barcola kemudian menambah gol kedua minit ke-70 untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan memberikan juara Perancis itu bekalan selesa menjelang kunjungan ke Sepanyol untuk aksi timbal balik awal bulan depan.

“Kami berjaya menjaringk­an gol pada detik-detik penting. Kami gembira dengan langkah pertama ini.

“Masih banyak perlu dilakukan tetapi ia sesuatu yang bagus dapat pergi ke sana dengan kelebihan gol,” kata Mbappe kepada stesen penyiar Canal Plus.

Kapten PSG, Marquinhos menambah: “Kami menghadapi kesukaran pada separuh masa pertama tetapi kami sedar perkara itu akan berlaku.

“Jurulatih memberi kata-kata semangat ketika rehat separuh masa pertama dan saya rasa itu membantu kerana pemain menunjukka­n prestasi lebih baik pada separuh masa kedua.

“Kami tahu betapa pentingnya untuk menang di tempat sendiri tetapi ia belum berakhir. Kami perlu mengekalka­n fokus yang sama, terus bermain dengan baik dalam liga dan kemudian pergi ke sana dan bermain dengan baik untuk memastikan layak ke pusingan seterusnya.”

Sociedad bertandang ke Paris tanpa kapten mereka, Mikel Oyarzabal yang masih belum pulih daripada kecederaan.

PSG, yang menurunkan bek kiri berusia 20 tahun dari Brazil, Lucas Beraldo buat pertama kali dalam aksi Liga Juara-Juara, kini melebarkan rekod tanpa kalah dalam semua pertanding­an kepada 17 perlawanan sejak November.

“Kami berjaya menjaringk­an gol pada detik-detik penting. Kami gembira dengan langkah pertama ini”

 ?? ?? MBAPPE (kiri) diasak pertahanan Real Sociedad, Javier Galan.
MBAPPE (kiri) diasak pertahanan Real Sociedad, Javier Galan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia