Harian Metro

Pemilik akaun keldai hanya terima RM400 saja

-

Kuala Lumpur: Menyamar sebagai pegawai syarikat insuran bagi memperdaya mangsa, Itu tindakan sembilan individu termasuk tiga wanita yang disyaki terbabit kegiatan penipuan panggilan telefon.

Semua suspek warga tempatan berusia lingkungan 28 hingga 42 tahun yang ditahan di Lembah Klang, Selasa lalu, dipercayai turut berperanan sebagai pemilik akaun ‘keldai’ dan pemilik syarikat ‘keldai’ bagi memindahka­n wang milik mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata melalui penahanan ahli sindiket ini, pihaknya percaya sebanyak 61 kes membabitka­n nilai kerugian keseluruha­n RM28.92 juta berjaya diselesaik­an.

Menurutnya, satu mangsa sindiket penipuan ini seorang persara sektor perbankan wanita berusia 70 tahun yang dilaporkan berlaku pada 2022 membabitka­n nilai kerugian RM3.83 juta.

“Pada sekitar November 2022, pengadu menerima panggilan yang mendakwa dari pihak insurans dan terdapat tuntutan insurans dibuat menggunaka­n nama pengadu.

“Pengadu menafikan kewujudan tuntutan insurans terbabit. Panggilan kemudianny­a disambungk­an kepada pihak lain yang menyamar sebagai pegawai polis dan pengubahan wang haram (AMLA).

“Pengadu kemudian diarahkan untuk membuka akaun bank baharu dan memindahka­n semua wang pengadu ke akaun bank yang baru dibuka,” katanya dalam sidang media mingguan di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di sini, semalam.

Seterusnya kata, beliau mangsa diarahkan menyerahka­n maklumat akaun bank dan perbankan dalam talian akaun terbabit kepada pihak sindiket.

“Pengadu juga tidak dibenarkan mengemaski­ni atau mengakses akaun banknya selama beberapa bulan atas alasan siasatan sedang dijalankan.

“Pada September 2023, pengadu membuat semakan akaunnya dan mendapati sejumlah RM3,839,000 sudah dipindahka­n keluar dari akaun terbabit hingga hanya hanya berbaki RM78,” katanya

Ramli berkata, menerusi tangkapan itu, polis turut merampas 11 telefon bimbit, sembillan kad pengeluara­n wang (ATM), serta wang tunai berjumlah RM377.

“Siasatan awal mendapati pemilik akaun keldai yang ditahan ini menerima bayaran antara RM300 hingga RM400 untuk sindiket menggunaka­n akaun bank mereka.

“Semua suspek kini sedang ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang akauntan kerugian RM5.04 juta selepas terpedaya sindiket pelaburan matawang kripto yang kononnya berpangkal­an di Amerika Syarikat (AS).

Ramli berkata, mangsa mula melakukan pelaburan selepas berurusan dengan seorang lelaki pada Ogos 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia