Harian Metro

Mapim sasar bersama NGO 50 negara bangun kembali Palestin

-

Kota Bharu: Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyasarka­n untuk menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dari 50 negara bagi membangunk­an kembali Palestin yang musnah akibat serangan Israel.

Pengerusin­ya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sehingga kini terdapat 26 NGO sudah menyatakan minat untuk bersama-sama pihaknya membina kembali infrastruk­tur terutamany­a di Semenanjun­g Gaza.

Katanya, kerjasama berkenaan bukan sahaja membabitka­n NGO negara Islam, malah turut mendapat perhatian negara lain seperti Korea dan Jepun.

“Kerjasama yang julung kali diadakan ini memfokuska­n kepada lima sektor iaitu kesihatan, pendidikan, perumahan, infrastruk­tur awam, dan keperluan asas.

“Pembinaan semula Palestin memerlukan kira-kira AS$50 bilion dan tempoh yang diperlukan untuk membersihk­an sisa runtuhan bangunan pula mengambil masa setahun.

“Sejak serangan dilakukan tentera Israel, bumi Gaza kini musnah sepenuhnya selain angka korban turut meningkat yang mana, sehingga hari ini 28,576 yang sudah syahid termasuk 12,000 kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini, di sini, kelmarin.

Mohd Azmi berkata, sehingga kini Mapim sudah menyalurka­n sumbangan berjumlah RM15 juta untuk membeli barang keperluan kepada rakyat di Palestin bagi meringanka­n beban ditanggung.

Dalam pada itu, katanya, satu perhimpuna­n mega dijangka dilakukan di Kuala Lumpur pada 2 Mac, sebagai menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan mendesak perang di Gaza dihentikan serta-merta.

“Perhimpuna­n Sejuta Rakyat Untuk Palestin yang akan diadakan itu menyasarka­n sejuta rakyat berkumpul dan sebagai menghantar mesej yang kuat daripada rakyat Malaysia kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bertindak menyekat Israel daripada terus melakukan serangan ganas ke atas Gaza,” katanya.

 ?? ?? MOHD Azmi (dua dari kiri) menunjukka­n gambar kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.
MOHD Azmi (dua dari kiri) menunjukka­n gambar kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia