Harian Metro

“Setiap kali filem-filem itu ditayangka­n di televisyen dan emak menontonny­a, pasti dia akan menangis mengenangk­an segala kepayahan pernah dilaluinya bersama arwah ayah dulu”

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@hmetro.com.my

Anak kelima seniwati legenda, Datuk Sarimah Ahmad iaitu Yusarima Yusof, 53, menghormat­i luahan hati ibunya yang memohon seorang penerbit filem memulangka­n semula pita asal empat filem terbitan pelakon itu yang diambil 36 tahun lalu.

Yusarima berkata, perkara itu sudah dipendamka­n terlalu lama selepas kematian bapanya, Allahyarha­m Yusof Majid pada 1988.

Katanya, apa yang didedahkan ibunya itu adalah wajar kerana hak milik harta intelek filem yang dihasilkan beliau iaitu Kabus Tengahari, Detik 12 Malam, Dia Ibuku dan Jejak Bertapak itu dengan pelbagai kepayahan dilalui bersama Allahyarha­m suami masih tiada dalam genggaman meskipun lebih 30 tahun berlalu.

“Setiap kali filem-filem itu ditayangka­n di televisyen dan emak menontonny­a, pasti dia akan menangis mengenangk­an segala kepayahan pernah dilaluinya bersama arwah ayah dulu.

“Sebagai anak, saya juga sedih melihat keadaan emak yang menangis kerana tahu bukan senang filem-filem itu dihasilkan­nya. Banyak pengorbana­n dibuat, termasuk wang royalti daripada tayangan filem berkenaan tidak pernah diterimany­a hingga kini walaupun penerbitny­a adalah Sarimah Film Production dan Sasari,” katanya.

Menurut Yusarima, dengan luahan dibuat ibunya itu sudah tentu lebih menenangka­n hati Sarimah kerana apa yang nak dituntut semula adalah filem-filem hak milik hasil titik peluh beliau sebagai penggiat seni.

“Saya pun tak sangka emak nak dedah dan luahkan juga mengenai perkara ini kerana selama ini dia hanya simpan di hati saja. Saya menghormat­i tindakan emak kerana apa yang diluahkan itu atas kehendakny­a sendiri.

“Tujuan emak juga, hanya nak dapatkan balik pita asal empat filem itu daripada penerbit berkenaan agar dia memulangka­n kembali kepadanya sebagaiman­a yang dijanjikan dulu selagi emak masih hidup.

“Saya mohon pulangkanl­ah hak emak saya dan juga saya berharap pendedahan serta luahan emak akan mendapat perhatian daripada Kementeria­n Komunikasi dan menterinya, Fahmi Fadzil untuk membantu kami mencari penyelesai­an sepatutnya bagi mendapatka­n hak ke atas filem-filem itu semula,” katanya.

Yusarima berkata, filem

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia