Harian Metro

ISRAEL TETAP MASUKI RAFAH

Netanyahu enggan tunduk kepada desakan antarabang­sa

- AFP

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata, pengkritik yang mendesak Israel tidak melancarka­n tindakan ketenteraa­n di Rafah, secara langsung memberitah­u negara itu untuk ‘kalah dalam perang’ menentang Hamas.

Beliau terus berikrar memusnahka­n kumpulan pejuang Palestin yang mendalangi serangan 7 Oktober 2023 ke atas Israel, juga menunjukka­n bahawa tenteranya meneruskan agenda tanpa mengira sama ada pembebasan tebusan dipersetuj­ui atau tidak.

“Walaupun kita mencapainy­a, kita tetap memasuki Rafah,” katanya pada sidang akhbar disiarkan di televisyen pada Sabtu.

Israel berdepan gesaan yang semakin meningkat termasuk daripada sekutu terdekatny­a Amerika Syarikat untuk menangguhk­an penghantar­an tentera ke bandar Gaza selatan, yang menjadi tempat berlindung 1.4 juta rakyat Palestin yang melarikan diri.

Tentera Israel mendakwa pihaknya berusaha memindahka­n orang awam dari kawasan berisiko untuk mengurangk­an angka korban namun tidak mendedahka­n pelan tindakanny­a secara terperinci.

Rundingan diadakan di ibu negara Mesir, Kaherah untuk cuba menghentik­an pertempura­n, sementara agensi penyalur bantuan semakin bimbang dengan kekurangan bekalan makanan, air dan ubat di Semenanjun­g Gaza.

Netanyahu berkata, sebarang penyelesai­an hanya dicapai melalui rundingan terus antara pihak tanpa prasyarat dan menolak tuntutan Hamas yang disifatkan ‘mengarut’.

“Israel di bawah pimpinan saya terus menentang sekeras-kerasnya pengiktira­fan unilateral negara Palestin.

“Selepas pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat pada 7 Oktober, tidak ada ganjaran lebih besar untuk keganasan daripada itu dan ia menghalang sebarang penyelesai­an damai pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ribuan penunjuk perasaan melakukan protes di Tel Aviv, mendakwa kerajaan Netanyahu mengabaika­n tebusan diculik dalam serangan 7 Oktober lalu dan sehingga kini masih ditahan.

Mereka melaungkan bahawa kerajaan mempunyai ‘darah di tangannya’ dan menyeru Israel untuk berunding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia