Harian Metro

RUANG PELAJAR DALAMI FINTECH

UMS jalin kerjasama dengan pemain industri dedah pelajar kepada amalan, pemahaman blokchain

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Menyedari bidang teknologi kewangan (fintech) khususnya berkaitan blockchain semakin berkembang, Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Tijarah Holding

Ltd, institusi pembangun blok rantaian (blockchain) patuh syariah.

Oleh itu, pemeteraia­n MoU itu adalah salah satu usaha melengkapk­an pelajar mengenai pengetahua­n dalam bidang teknologi kewangan (fintech), khususnya berkaitan blockchain.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr

Kasim Mansor berkata, Fintech dilihat semakin berkembang di Malaysia. Ia didorong peningkata­n permintaan daripada penduduk majoriti

Islam dan penduduk berkemahir­an teknologi.

Katanya, menurut laporan dari industri, landskap fintech negara terus menunjukka­n pertumbuha­n teguh dengan terdapat lebih 300 syarikat fintech beroperasi di Malaysia merangkumi pelbagai kategori termasuk e-dompet, pembayaran, pinjaman, wealthtech, insurtech, dan blockchain atau mata wang kripto (cryptocurr­ency).

“Penggunaan teknologi blockchain semakin berkembang dalam banyak industri.

“Menerusiny­a, institusi kewangan Islam boleh mendapat manfaat daripada teknologi ini kerana ia lebih berdaya saing serta selaras dengan objektif zakat,” katanya.

Dr Kasim berkata, beliau melihat terdapat keperluan pembanguna­n modal insan bagi menyokong perkembang­an fintech.

“Justeru itu, UMS mengambil inisiatif menyokong usaha ini melalui pemeteraia­n MoU bagi menyumbang kepada pembanguna­n sumber manusia selaras dengan peranan penting universiti sebagai institusi pendidikan tinggi di Sabah.

“Kolaborasi dengan pemain industri akan membolehka­n universiti mendedahka­n pelajar kepada amalan dan pemahaman terkini dalam bidang blockchain dan fintech ini,” katanya.

MoU yang termeterai baru-baru ini ditandatan­gani Dr Kasim Mansor sebagai mewakili UMS, manakala Tijarah Holding Ltd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, John Joseph Pellegrini.

Hadir sama Ketua Pembanguna­n Pendidikan Tijarah Holding, Profesor Datuk Dr Jayles Yeoh; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr Raman Noordin; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Bendahari UMS, Badrul Hisham Ismail; Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan, Profesor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal dan Eksekutif Pembanguna­n Perniagaan Tijarah Holding, Shahirah Sundu.

 ?? ?? DR Kasim dan John merakamkan gambar bersama pegawai utama UMS dan wakil dari Tijarah Holding Ltd.
DR Kasim dan John merakamkan gambar bersama pegawai utama UMS dan wakil dari Tijarah Holding Ltd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia